Search
Close this search box.

TRIP KE TURKI – PART 2

Masjid Biru di Istanbul, masjid yang dibuka oleh Sultan Muhammad Al Fateh, khalifah Islam pada tuhun 1444 Masihi

 MASJID BIRU SULTAN AHMAD AL FATEH

Perkhabaran pembukaan Rome oleh orang Islam telah di khabarkan oleh Nabi SAW semasa peristiwa perang Khandak. Ketika Nabi bersama sahabat menggali parit sebagai strategi perang, ketika itu Nabi tercangkul batu besar sehingga terpercik keluar api. Dalam cahaya percikan api itu, Allah menayangkan kepada Nabi bahawa orang Islam menakluki Rom dan Parsi. Nabi pun mencerikatakan kepada sahabat. Benar kata Nabi, ia belaku 700 tahun  selepas kewafatan Nabi SAW.

Sahabat Nabi ada yang cuba merealisasikan untuk menakluk Konstantinople seperti Abu Ayyub Al-Ansari tetapi gagal. Sehinggalah akhirnya ia berjaya direalisasikan oleh Sultan Muhammad Al Fateh pada tahun 1444 M, sultan di zaman kerajaan Khalifah Uthmaniah. Konstantinople ketika itu berada dibawah empayar Byzantine, Rome kuasa besar di zaman itu yang beragama kristian.

Pada mulanya serangan terhadap kota Konstantinople sukar kerana ia perlu melalui laut. Semua kapal tersangkut kerana sekeliling kota dipagar dengan rantai besi dalam laut. Ramai tentera Islam syahid dan mereka hampir putus asa dan hampir kalah.

Pada satu malam Sultan Ahmad Al Fateh telah menukar strategi dengan menaikkan 70 kapal perang ke atas bukit dengan mengguna tenaga tentera Islam. Mereka menarik kapal dengan menjadikan kayu hutan yang ditebang sebagai roda. Meriam kapal dihalakan ke kota Konstantinople dan berjaya pecahkan tembok kota. Serangan darat tentera Islam berjaya masuk dan menawan kota Konsttantinople dari Kristian.

Sultan Ahmad Al Fateh menukar Konstantinople kepada nama Islambol. Pada hari ini ia dikenali sebagai Istanbul. Sultan Ahmad Al fateh membuka masjid biru ini dan menukarkan gereja Ayasoftya menjadi masjid.

Tamadun Islam berjalan 1366 tahun (hampir 14 abad) bermula zaman kenabian dan jatuh di zaman khalifah Uthmaniah di Turki ini. Nabi menceritakan zaman Islam akan melalui 5 fasa. Zaman keagungan bermula dari fasa 1 hingga fasa 3. Kejatuhan Islam di fasa 4 di Turki. Fasa 4 itulah fasa kita hidup sekarang. Islam akan gemilang semula di fasa 5 selepas selesai WW3. Selepas itu dunia akan menuju proses kiamat. 5 fasa Islam seperti dibawah.

FASA 1 –  ZAMAN KENABIAN SAW (BERPUSAT DI MEKAH & MADINAH)

1. Nabi Muhammad SAW, 570 -632 M

FASA 2 – ZAMAN SAHABAT KHULLAFA AR- RASYIDIN (BERPUSAT DI MEKAH & MADINAH)

2)  Saidina Abu Bakar, 632-634 M
3)  Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І), 634-644 M
4)  Saidina Uthman Affan, 644-656 M
5)  Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M

FASA 3 KERAJAAN MENGGIGIT (RAJA ZALIM DAN SOMBONG MENYERAH KUASA PEMERINTAHAN KEPADA KETURUNAN MEREKA (BERPUSAT DI DAMASCUS SYIRIA)


KHALIFAH UMAYYAH (661 M – 1031 M)

6) Muawiyah I ibn Abi Sufyan, 661 M – 680 M
7) Yazid I ibn Muawiyah, 680 M – 683 M
8) Muawiyah II ibn Yazid, 683 M – 684 M
9) Marwan I ibn al-Ḥakam, 684 M – 685 M
10) Abd al-Malik ibn Marwan, 685 M – 705 M
11) Al-Walid I ibn Abd al-Malik, 705 M – 715 M
12) Suleiman ibn Abd al-Malik, 715 M – 718 M
13) Umar ibn Abd al-Aziz, 717 M – 720 M (The Best King)
14) Yazid II ibn Abd al-Malik, 720 M – 724 M
15) Hisham ibn Abd al-Malik, 724 M – 743 M
16) al-Walid II ibn Yazid II, 743 M – 744 M
17) Yazid III ibn al-Walid, 744 M
18) Ibrahim ibn al-Walid, 744 M
19) Marwan II ibn Muhammad , 744 M – 750 M

20) Abd ar-Rahman I, 756 M – 788 M

21) Hisham I, 788 M – 796 M
22) Al-Hakam I, 796 M – 822 M
23) Abd ar-Rahman II, 822 M – 852 M
24) Muhammad I of Córdoba, 852 M – 886 M
25) Al-Mundhir, 886 M – 888 M
26) Abdallah ibn Muhammad 888 M – 912 M
27) Abd ar-Rahman III, 912 M – 929 M
28) Abd ar-Rahman III , 929 M – 961 M
29) Al-Hakam II, 961 M – 976 M
30) Hisham II, 976 M – 1008 M
31) Mohammed II, 1008 M – 1009 M
32) Suleiman, 1009 M – 1010 M
33) Hisham II, restored, 1010 M – 1012 M
34) Suleiman, restored, 1012 M – 1017 M
35) Abd ar-Rahman IV, 1021 M – 1022 M
36) Abd ar-Rahman V, 1022 M – 1023 M
37) Muhammad III, 1023 M – 1024 M
38) Hisham III 1027 M – 1031 M

KHALIFAH ABBASIYAH BERPUSAT DI BAGHDAD (750 M – 1258 M  & 1261 M -1513 M)

39)  Abu al-Abbas al-Saffah, 750 M – 154 M
40)  Abu Ja’far al-Manshur, 754 M – 775 M
41)  Al-Mahdi, 775 M – 785 M
42)  Musa al-Hadi, 785 M – 786 M
43) Harun ar-Rasyid, 786 M – 809 M
44) Al-Amin, 809 M – 813 M
45) Abdullah al-Makmun, 813 M – 833 M
46) Al-Mu’tashim Billah, 833 M – 842 M
47) Al-Watsiq, 842 M – 847 M
48) Al-Mutawakkil, 847 M – 861 M
49) Al-Muntashir, 861 M – 862 M
50) Al-Musta’in, 862 M – 866 M
51) Al-Mu’taz, 866 M – 869 M
52) Al-Muhtadi, 869 M – 870 M
53) Al-Mu’tamid, 870 M – 892 M
54) Al-Mu’tadhidh, 892 M – 902 M
55) Al-Mu’tafi, 902 M – 908 M
56) Al-Muqtadir, 908 M – 932 M
57) Al-Qahir, 932 M – 934 M
58) Al-Radhi, 934 M – 940 M
59) Al-Muttaqi, 940 M – 944 M
60) Al-Mustakfi, 944 M – 946 M
61) Al-Muthi’ilah, 946 M – 974 M
62) Al-Ta’i, 974 M – 991 M
63) Al-Qadir, 991 M – 1031 M
64) Al-Qayyim, 1031 M – 1075 M
65) Al-Muqtadi, 1075 M – 1094 M
66) Al-Mustazhir, 1094 M – 1118 M
67) Al-Mustarsyid, 1118 M – 1135 M
68) Ar-Rasyid, 1135 M – 1136 M
69) Al-Muktafi, 1136 M – 1160 M
70) Al-Mustanjid, 1160 M – 1170 M
71) Al-Mustadhi, 1170 M – 1180 M
72) An-Nashir, 1180 M – 1225 M
73) Azh-Zhahir, 1225 M – 1226 M
74) Al-Mustanshir, 1226 M – 1242 M
75)Al-Musta’shim, 1242 M – 1258 M

KHALIFAH ABBASIYAH DI KAHERAH MESIR

76) Al-Mustansir, 1261 M – 1262 M
77) Al-Hakim I (Cairo), 1262 M – 1302 M
78) Al-Mustakfi I of Cairo, 1303 M – 1340 M
79) Al-Wathiq I, 1340 M – 1341 M
80) Al-Hakim II, 1341 M – 1352 M
81) Al-Mu’tadid I, 1352 M – 1362 M
82) Al-Mutawakkil I, 1362 M – 1383 M
83) Al-Wathiq II, 1383 M – 1386 M
84) Al-Mu’tasim, 1386 M – 1389 M
85) Al-Mutawakkil I (restored), 1389 M – 1406 M
86) Al-Musta’in, 1406 M – 1414 M
87) Al-Mu’tadid II, 1414 M – 1441 M
88) Al-Mustakfi II, 1441 M – 1451 M
89) Al-Qa’im, 1451 M – 1455 M
90) Al-Mustanjid, 1455 M – 1479 M91) Al-Mutawakkil II, 1479 M – 1497 M
92) Al-Mustamsik, 1497 M – 1508 M
93) Al-Mutawakkil III, 1508 M – 1517 M

KHALIFAH UTHMANIAH DI TURKI (1299–1923M)

94) Uthman I, 1281 M – 1326 M
95) Orhan I, 1326 M – 1359 M
96) Murad I, 1359 M – 1389 M
97) Bayezid I, 1389 M – 1402 M
98) Interregnum 1402 M – 1413 M  
99) Mehmed I, 1413 M – 1421 M
100) Murad II, 1421 M – 1444 M
101) Mehmed II, 1444 M – 1445 M (Sultan Muhammad Al-Fateh)
102) Murad II, 1445 M – 1451 M
103) Mehmed II, 1451M – 1481 M (Conquered Constantinople in 1453)
104) Beyazid II, 1481 M – 1512 M
105) Selim I, 1512 M – 1520 M
106) Suleiman I, 1520 M – 1566 M
107) Selim II, 1566 M – 1574 M
108) Murad III, 1574 M – 1595 M
109) Mehmed III, 1595 M – 1603 M
110) Ahmed I, 1603 M – 1617 M
111) Mustafa I, 1617 M – 1618 M
112) Uthman II, 1618 M – 1622 M
113) Mustafa I, 1622 M – 1623 M
114) Murad IV, 1623 M – 1640 M
115) Ibrahim I, 1640 M – 1648 M
116) Mehmed IV, 1648 M – 1687 M
117) Suleiman II, 1687 M – 1691 M
118) Ahmed II, 1691 M – 1695 M
119) Mustafa II, 1695 M – 1703 M
120) Ahmed III, 1703 – 1730 M
121) Mahmud I, 1730 M – 1754 M
122) Uthman III, 1754 M – 1757 M
123) Mustafa III, 1757 M – 1774 M
124) Abd-ul-Hamid I, 1774 M – 1789 M
125) Selim III, 1789 M – 1807 M
126) Mustafa IV, 1807 M – 1808 M
127) Mahmud II, 1808 M – 1839 M
128) Abd-ul-Mejid I, 1839 M – 1861 M
129) Abd-ul-Aziz, 1861 M – 1876 M
130) Murad V, 1876 M
131) Abd-ul-Hamid II, 1876 M – 1909 M
132) Mehmed V (Reşad), 1909 M – 1918 M
133) Mehmed VI (Vahideddin), 1918 M – 1922 M
134) Abd-ul-Mejid II, 1922 M – 1924 M (Last Caliphs of Ottoman)

FASA 4 – 1924 – ???? (KERAJAAN DIKTATOR)

Turki Uthmaniah jatuh kerana masalah dalaman dan berlaku revolusi Arab 1916. British menghasut dunia Arab keluar dari Turki. British mengguna Sharif Hussein melakukan pemberontakan terhadap Turki. British memberi bantuan senjata dan kewangan akhirnya Raja Hussein menang dengan Turki. Beliau kemudian mengiktiraf dirinya menjadi khalifah Islam baru.

British tidak bersetuju dengan pengiktirafan Raja Hussein sebagai khalifah Islam kerana tujuan British adalah menjatuhkan sistem khalifah Islam. British menjalankan agenda baru untuk menjatuhkan balik Raja Hussein dengan mengguna Raja Abdul Aziz pengasas Arab Saudi sekarang. Raja Abdul Aziz dibantu oleh British akhirnya diangkat menjadi pemerintah jazirah Arab. Raja Hussein dinafikan hanya diberi negeri yang kecil dan miskin iaitu Jordan. Sejak itu negara Arab tidak lagi berada dibawah Turki. Pada tahun 1924 pula sistem khalifah Islam dihapuskan oleh Kamal Artartuk dengan bantuan British juga.

Kejatuhan Turki bererti kejatuhan Islam bermulanya Fasa 4. Naiknya Arab Saudi tidak pun berfungsi Khalifah Islam kerana di belakang mereka adalah British. Dunia memasuki fitnah Dajjal. Entah berapa lama fasa ini akan berakhir? Sekarang masa kejatuhan sudah 95 tahun. Mengikut penelitian ulama, apabila sampai tempoh 100 tahun, Allah akan menzahir mujaddid baru untuk membetulkan Islam yang terpesong. Adakah kita akan menunggu 5 tahun lagi Al mahdi yang dijanjikan? Wallahhua’lam.

Dunia hanya menunggu hanya satu fasa iaitu fasa 5 untuk menginstall kembali sistem khalifah yang dijanjikan dan fasa itu belum berlaku lagi. Kebangkitan Islam menuju ke arah itu, memohon pertolongan Allah sehingga suatu masa nanti Allah akan menghantar  Al Mahdi dibantu oleh Nabi Isai as. Dunia akan melalui fitnah besar tercetusnya perang dunia ke-3 dan lahirnya Mesiah palsu Dajjal akan bersama zionis.

Peperangan WW3 dijangkakan sengit berlaku di lembah Magedon dan kuasa-kuasa besar akan menggunakan teknologi senjata nuklear. Dalam Al Quran ada menceritakan asap dukhan. Kajian tidak pasti samada asap dukhan itu asap dari bom nuklear atau meteoir yang menghentam bumi?

Dalam hadis, Nabi menceritakan pada mulanya orang Islam akan membuat pakatan dengan Rome. Rome adalah kuasa besar yang memerintah dunia hari ini. Kuasa besar sekarang terdiri dari Russia dan Amerika. 

Pakatan tersebut menyebabkan Islam menang. Islam tertipu selepas kemenangan kerana seorang pemuda kristian bangun dan mengangkat bendera salib mengistihar kristian telah menang. Tentera Islam marah dan membunuh pemuda tersebut. Maka Rome akan mengkhianati Islam pula. Hadis Ini mungkin menceritakan kisah yang akan berlaku tercetusnya WW3.

Diceritakan dari hadis tersebut bahawa Rome akan bersatu membentuk pakatan melawan Islam. Ini bermakna Amreika dan Rusia akhirnya bergabung membentuk pakatan melawan islam. Kemenangan akhir berpihak pada Islam. Kota Konstantinople 2, Vatican City sebagai kota kristian hari ini akan di tawan oleh tentera Islam. Dajjal muncul ditengah peperangan tersebut.

Pada pemerhatian, masa sekarang konfik dunia telah menjurus kearah itu. Telah wujud sekarang dua blok kuasa besar dunia. Satu blok Amerika dan satu lagi blok Russia. Arab Saudi telah memasuki blok Amerika. Turki bermusuh dengan Amerika, memasuki blok Rusia. Konflik di Syiria pula Islam memasuki blok  Russia. Iran memasuki blok Russia. Konflik di Laut China Selatan, China dan Korea memasuki blok Russia.

Siapa Rome dimaksudkan dalam hadis? Ada dua konflik yang mengelirukan adakah Islam akan meyokong blok Amerika bersama Arab Saudi atau menyokong blok Russia? Ini memerlukan pemerhatian pergolakan dunia yang seterusnya untuk mentafsirkan hadis tersebut supaya Islam memilih jalan yang betul.

Tidak mungkin Islam menyokong Arab Saudi kerana mereka adalah pengkhianat bersama British yang menjatuhkan Khalifah di Turki. Mungkin Islam akan membuat pakatan dengan Russia untuk menjatuh musuh dibelakang? Musuh dibelakang adalah zionis yang bercita-cita menubuhkan negara Israel.

Dalam sejarah, kristian tidak pernah bersetuju dengan yahudi kerana yahudi yang menghasut Nabi Isa di bunuh. Ini menjadi dendam kristian terhadap yahudi. Tapi pada hari ini wujud pakatan yahudi dan kristian yang dinamakan Illuminati atau Freemason. Inilah yang dimaksudkan hadis musuh dibelakang kamu. Mereka menguasai dunia hari ini tetapi mereka berada dibelakang sebagai proksi. Golongan inilah Islam akan memerangi. Mereka ini yang akan menginstall Dajjal.

Dari Jubair bin Nufair katanya: Kami pernah pergi untuk menemui Dhi Mikhbar –seorang sahabat Nabi SAW – hinggalah kami menemuinya. Lalu Jubair pun bertanya tentang perjanjian. Maka katanya: Aku dengar Rasulullah SAW bersabda:

“Kalian akan mengadakan satu perjanjian perdamaian dengan bangsa Rom. Lalu kalian akan berkerjasama dengan mereka melawan suatu musuh yang datang dari belakang kalian. Maka kalian akan diberi kemenangan dan selamat, kemudian kalian akan pulang sehinggalah berhenti pada suatu padang rumput yang luas dan berbukit-bukit. Tiba-tiba, ada seorang lelaki daripada kaum Nasrani (Kristian) mengangkat salibnya seraya berkata; “Salib telah menang!”. Maka berasa marahlah seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin, lalu ia pun menumbuknya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat dan berhimpun untuk peperangan”. Dalam riwayat lain: “Maka seorang lelaki dari kalangan kaum muslimin pun menuju kepadanya, lalu membunuhnya. Disebabkan itu, bangsa Rom pun berkhianat sehingga terjadilah peperangan-peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kalian dan datang di bawah 80 panji-panji dan bersama-sama setiap satu panji terdapat 10,000 tentera”. (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan lain-lain).

 

FASA 5 – MANHADJ NUBUWWAH (KHALIFAH SEPERTI ZAMAN KENABIAN)

Pada hujung zaman nanti pada fasa 5, selepas selesai WW3, sistem khalifah seperti zanam Nabi SAW akan diinstall semula oleh Al Mahdi dibantu Nabi Isa as dan Islam kembali mentadbir dunia. Sistem dunia yang ada hari ini yang dikatakan fitnah atau penipuan Dajjal akan dihapuskan dan digantikan dengan sistem Islam seperti di zaman permulaan Nabi SAW.

Dunia menjadi aman dan Allah menurunkan semula keberkatan di atas muka bumi ini. Dunia berlangsung sehingga datang angin sejuk dari Yaman akan mematikan semua orang mukmin beriman. Yang tinggal adalah golongan kafir akan menempuh azab sengsara dunia hancur kiamat.

Begitulah kisah dunia ke belakang dan ke depan sudah diceritakan oleh Al Quran dan hadis. Manusia yang beriman dengan Allah dan berfikir akan selamat memilih jalan betul. Manusia yang tidak yakin mereka akan tersesat dan memilih jalan yang salah. Kita jangan tertipu dengan sistem barat moden yang dikatakan maju hari ini. Ia diberitahu dalam hadis, fasa 4 sebagai fasa pendusta atau Dajal, pedusta sehingga ia  yang sukar lihat oleh manusia kecuali yang boleh melihat dengan mata hati. Penipuan zaman ini terdapat keseluruhan sistem hidup manusia hari ini dikenali sebagai SPIDER. Zionis mahu semua manusia atas dunia mengikut sistem SPIDER ini.

S =SPORT – sukan mengikut acuan zionis

P = POLITIC –  mesti mengamal demokrasi

I = IDEOLOGY – bebas berfikir berasaskan lojik akal

D = DRUG – dadah dalam perubatan & kehidupan

E = ENTERTAINMENT – media & komunikasi dikawal zionis

R= RELATIONSHIP – hubungan dunia mengikut kehendak zionis

Sistem ini akan musnah tidak lama lagi seperti yang dijanjikan Al Quran dan hadis. Manusia perlu melihat sejarah bukan melihat dunia di masa hidupnya supaya kita nampak trend penipuan.

“Akan datang kepada  kalian masa kenabian, dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Kemudian, Allah akan menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa Kekhilafahan ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah; dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang kepada kalian, masa raja menggigit (raja yang dzalim), dan atas kehendak Allah masa itu akan datang. Lalu, Allah menghapusnya, jika Ia berkehendak menghapusnya. Setelah itu, akan datang masa raja diktator (pemaksa); dan atas kehendak Allah masa itu akan datang; lalu Allah akan menghapusnya jika berkehendak menghapusnya. Kemudian, datanglah masa Khilafah ‘ala Minhaaj al-Nubuwwah (Khilafah yang berjalan di atas kenabian). Setelah itu, Beliau diam”. [HR. Imam Ahmad]
Hadis diatas diriwayatkan Ahmad, 4/273, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 5)

 

Hadis ini shahih dan benar-benar berlaku mengikut cerita dalam hadis. Sudah 4 fasa ia berlaku mengikut turutan hadis di atas. Hanya fasa 5 sahaja belum berlaku dan konflik dunia yang berlaku hari ini menuju ke arah cerita yang disebut dalam hadis di atas.

Zionis juga tahu akan hadis ini dan mereka tetap tidak akan beriman dan terus membuat kerosakkan hukum Allah dimuka bumi ini. Mungkin inilah fitnah Dajjal yang kita lalui tanpa sedar sehingga kemuncak nanti Dajjal akan zahir dan mengaku tuhan. Sama seperti kisah Firaun yang mengaku tuhan zaman dahulu apabila berada dikemuncak kuasa. Dan kisah ini berulang semula di zaman ini apabila zionis berada dikemuncak kuasa di Israel nanti?

Mereka tidak mengiktiraf Allah sebagai tuhan. Tuhan mereka adalah Lucifer (Iblis). Mereka memusuhi semua agama dan bercita-cita menginstall negara Irael di Palestin atas rancangan New Word Order, One Word Goverment diperintah  Dajjal. Kononya sistem pemerintahan mereka sama seperti zaman Nabi Sulaiman di Jurusalem sedangkan Nabi Sulaiman beriman kepada Allah. Tujuan Donald Trump memindah kedutaan Amerika Syarikat Israel dari Tel Aviv ke Jurusalem adalah on track rancangan mereka ke arah itu. Trump sendiri adalah anggota Freemason. Beliau menjadi Presiden Amerika hanya sebagai puppet melaksana NWO, dibelakangnya hidden hand zionis . By hook or by crook mereka akan laksanakan tapi tidaklah terburu-buru.

Walaupun mereka mengawal dunia hari ini, tapi itu masa giliran yang pendek, 100 tahun Allah berikan berbanding Islam memerintah 1366 tahun. Walau mereka merancang dengan teliti tapi kesudahan cerita mereka akan kalah kerana manusia tidak ada kuasa apa pun untuk melawan penciptanya melainkan rasa angkuh bila ditipu dengan janji manis Iblis.

Khalifah Islam terakhir, Sultan Abdul Majid II yang jatuh pada tahun 1924 di Turki

Dataran Masjid Biru penuh dengan kunjungan pelancung dari serata dunia.
Seni ukiran dalam Masjid Biru Al Fateh
Muzium Ayasofya yang bertentangan dengan Masjid Biru Sultan Muhammad Al Fateh di Istanbul dulunya semasa kerjaan Rome Byzantine adalah gereja. Sultan Al Fateh menukarnya menjadi masjid. Semasa kejatuhan Turki Uthmaniah Kamal Artatuk menukar masjid menjadi muzium. Di zaman Erdogen sebahagian dijadikan muzium dan masjid dibuka semula.

Senibina Islam pada bumbung Masjid Biru Sultan Al Fateh.

Masjid Sultan Murad I di Bursa, khalifah Islam pada tahun 1363 Masihi

Masjid Sultan Murad I diwartakan sebagai khazanah yang dipelihara oleh UNESCO

Masjid Ulu Camie, Bursa yang dibina pada tahun 1399 M, masjid di zaman keagungan Khalifah Uthmaniah yang diperihara sehingga kini. Tahun inilah zaman kegemilangan Melayu Islam di Melaka.
Seni Islam pada tempat imam
Hiasan seni khat di dinding masjid

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *