Penerbangan dengan Air Asia mengambil masa 3 Jam. Dari Airport ke hotel mengambil masa 15 minit. Selepas check in hotel, makan tengahari di restoran Maliboro. Masakan yang istimewa disini adalah ayam tulang lunak. Ayam tulang lunak sedap dan istimewa kerana tulangya menjadi rapuh dan lembut seperti tulang ikan yang dipekasamkan.
Perjalanan seterusnya Desa Pecatu Uluwati. Di sini melihat tarian Kecak di Temple Uluwatu .Tarian ini tarian tradisinal dalam ugama Hindu dewa Ramayana. Tarian ini diubahsuai menjadi unsur komidi. Tarian bermula jam 6.00 petang. Suasana panorama yang menarik dapat dinikmati ketika suasana matahari terbenam. Tarian ini merupakan produk pelancungan yang menjadi penarik utama pelancung. Ia diadakan setiap hari dan mendatangkan pendapatan sekitar RM40,000 sehari.
Suasana pemandangan yang sangat indah diwaktu suasana matahari terbenam. Pertunjukkan tarian Kecak ini mengambil masa yang lama hampir 3 jam. Selesai melihat tarian ini kami balik ke hotel untuk berehat untuk perjalanan hari ke dua pula.