Search
Close this search box.

JAWAPAN KEPADA ISU VIRAL PQ CUMMUNITY PART 3

Peluang ini ditunggu-tunggu oleh doktor anti herba mengambil kesempatan isu ini. Kebetulan pesakit mengadu mengambil MAB sesuai dengan masanya untuk membuat fitnah. Sejarah pemakanan pesakit sebelum ini tidak diceritakan. Kemungkinan pesakit sekian lama ada megambil banyak produk lain sebelum ia mengambil MAB. Kemungkinan pesakit mengalami komplikasi buah pinggang sudah lama. Kebetulan di waktu akhir ia mengambil MAB, berlaku komplikasi buah pinggang. Dengan senang doktor anti herba yang sekian lama sudah ada PHD dengam MAB mengaitkan dengan MAB. Berapa botol mengambil MAB pun kita tidak tahu?? Peluang ini amat baik sekali untuk memasukkan jarum hasutan. Kesempatan ini digunakan oleh doktor anti herba yang tidak beridentiti dengan title doktornya  setelah serangan sebelum ini tidak menjejaskan MAB.

Sangkaan lain boleh jadi borang tersebut rekaan semata-mata selagi admin PQ COMMUNITY tidak menyatakan profile yang sahih. Boleh jadi perkataan taking MAB sendiri ditambah sendiri jika di amati tulisan tangan seperti tidak sama. Jika maklumat pesakit, doktor merawat dan hospital pun dipadam, apatah lagi tulisan tangan sudah tentu boleh ditambah dengan senangnya.

Sangkaan seterusnya, pemviral ini juga mungkin doktor yang merawat dari hospital. Ia jenis spesis doktor anti herba juga. Ini adalah kerana borang viral adalah adalah borang rasmi hospital kerajaan.

Lagi sangkaan lain disebabkan admin tiada profile, admin mugkin doktor swasta yang anti herba berkompromi dengan doktor kerajaan sama-sama kawan kawtim. Dari segi undang-undang Akta Rahsia  Rasmi, maklumat, apa-apa kenyataan tidak boleh dibuat oleh pegawai bawahan. Hanya Ketua Jabatan sahaja yang layak membuat statement.

Kesalahan viral ini ternyata salah guna kuasa kaki-tangan awam. Ibarat lebih sudu dari mangkuk. Kesalahan mengeluarkan borang rasmi hospital kerajaan. Kesalahan membuat kenyataan sendiri tanpa merujuk Ketua Jabatan. Kesalahan menghasut orang awam dengan maklumat palsu. Keadaan seperti ini sah-sah adalah salah dari segi Peraturan Penjawat Awam. Kaki tangan awam tidak bebas kerana mereka terikat dengan Peraturan Penjawat Awam tersebut.

Implikasi viral ini menjejaskan reputasi peniagaan ZPR. Keadaan ini juga  menjejaskas imej MAB dan memberi kesan kepada delaer-delaer MAB. Oleh kerana isu ini tidak selesai kerana admin PQ COMMUNITY tidak tanggungjawab menunjukkan profile.

Oleh yang demikain, disebabkan oleh sekeping borang rasmi kerjaaan yang diviralkan, ZPR akan melapurkan kepada BIRO ADUAN AWAM, JABATAN PERDANA MENTERI SALINAN KEPADA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA untuk pihak jabatan tersebut membuat siasatan. ini kerana disyakki ada kakitangan awam kerajaan hospital yang tidak diketahui telah telibat memviral maklumat palsu dan menghasut orang awam. Siasatan dan tindakan akan menyusul.

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *