Search
Close this search box.

SEMINAR PENGHASILAN PRODUK HERBA BERSAMA PUSAT RACUN DAN BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA, NPRA KKM

Seminar ZPR bersama NPRA, KKM dan Pusat Racun Negara PRN, Reseacher, ushawan dan Pengilang untuk memartabatkan herba di Malaysia pada 26 April di USM.

 

Dalam isu MAB yang tengah panas ini, ada komuniti syok sendiri menyangka ZPR berada dipihak yang melanggar undang-undang NPRA padahal mereka sendiri  tidak sedar telah melanggar undang-undang Akta Pertubuhan kerana menjadi pembela yang tidak berdaftar.

Mereka tidak sedar bahawa ada agenda negara untuk memartabatkan khazanah herba dalam negara ini yang boleh menjadi aset negara pada masa hadapan. Mereka ingat ZPR bersendirian. hakikat sebenar ZPR bersama dengan badan yang ada authority seperti Pusat Racun Negara (PRN), Pengilang, Reseacher dan KKM adalah platform terakhir untuk mendaftar hasil kajian.

ZPR bersama PRN, ushawan, penguatkuasa NPRA KKM, pengilang dan researcher akan berkampung sehari di PRN USM pada 26 April 2018 ini untuk berseminar dalam agenda memartabatkan herba di Malaysia. ZPR mendapat invitation dari PRN  untuk duduk semeja dengan KKM supaya dapat menambah lagi pengetahuan dan undang-undang yang berkaitan dalam penghasilan produk herba.

Sebenarnya tidak salah pun memakan herba jika kita tahu ilmu tentang kimia, biologi dan pemakanan. KKM tidak pernah menghalang ushawan menerbitkan produk herba seperti yang didakwa oleh golongan syok sendiri. Malah KKM  membantu untuk melalui saluran yang betul seperti yang gariskan dalam Akta-Akta berkaitan dengan herba yang perlu di ketahui oleh usahawan.

Suatu masa nanti pokok Ketum akan menjadi legal untuk diusahan oleh pekebun-pekebun kecil kerana ia boleh menggantikan ubat bius sintetik kepada ubat bius alami dari pokok Ketum. Usaha ini sedang dilakukan oleh RISDA dan PRN. Banyak yang perlu dibahaskan terutama dari segi perundangan terutama  berkaitan dengan Akta Dadah. Pada masa sekarang negara Barat sudah mula mengguna ubat bius alami dari pokok Ketum. Sejak dari itu usaha untuk melegalkan pokok Ketum sedang giat jalankan. Apa yang menjadi masalah sekarang adalah penyalahgunaan pokok Ketum oleh penagih.

Mudah-mudahan ZPR menjadi anak angkat PRN dan KKM dalam melibatkan usaha untuk memartabatkan herba di Malaysia.

Asal kita benar tidak perlu risau kerana Allah akan membantu jika kita benar-benar ikhlas. Semoga MAB akan menjadi herba yang legal suatu hari nanti di bumi Malaysia. Amin.

 

 

2 comments

  1. ALLAHU AKBAR.. MABRUK ZPR..Semestinya bile berkwn dgn pihak KKM dsb nye ni.. in fact mrk sgt mengalu2kan usahawan2 kita utk serius dlm bidang biz esp melibatkan produk tempatan.. berkwn dan mencari ilmu demi menaiktaraf produk agar lebih diiktiraf dan diyakini jauh skali dr dipijak2.. syabas teruskan tuan Zul.. sy doakn moga dipermudah segala.. agensi2 kerajaaan juga suke nk bantu memberi bermcm2 ilmu dan modal sbg cth MARDI, FRIM yg aktif dlm kajian tumbuhan dan herba.. x lupe kita ada agensi MyIPO dlm melindungi hak2 peniaga produk.. mai jer sapa nk tahu lanjut pasal TRADEMARK, PATEN, DESIGN HAKCIPTA boleh jumpe/ wassap saya 019-3563292.. ops promote plk.. tp realitinya inilah jalan kami utk membantu dan memberi manfaat buat semua..USAH GENTAR, TAHNIAH SEKALI LAGI..

  2. Admin yakin herba adalah agenda negara. Badan kerajaan yang ada authority berusaha membuat kajian seperti Universiti, FRIM, RISDA dan KKM sendiri. Pihak memandang negatif memandang dalam skop sendiri kepentingan peribadi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *