Search
Close this search box.

APAKAH SKOP PEMANTAUAN KKM TERHADAP PENGHASILAN PRODUK?? – PART 1

Pengusaha herba tidak perlu berasa gusar untuk menerbitkan herba atau apa-apa produk makanan selagi ia mematuhi spesifikasi yang di tetapkan oleh KKM. Terdapat guide line yang telah digariskan yang patut diikuti oleh pengilang dan pengeluar produk herba dan makanan.

Di Malaysia kategori produk terbahagi kepada 3 iaitu UBAT, MAKANAN dan FDI. Ubat adalah bancuhan kimia sintetik. UBAT dikawal oleh PBKD (Pihak Berkuasa Kawalan Dadah) di bawah NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). UBAT di diletak di bawah Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984. Pengeluaran UBAT perlu berdaftar dengan KKM.

Kategori 2 produk adalah MAKANAN. Makanan tidak perlu daftar. Contohnya orang yang berniaga nasi lemak, teh tarik dan apa-apa makanan tidak perlu berdaftar dengan KKM.

Kategori ke 3 adalah makanan yang dicampur dengan herba. Ia menjadi produk FDI (FOOD-DRUG-INTERPHASE). FDI apabila peratusan campuran bahan aktif dan makanan pada nisbah 20: 80.20% adalah bahan aktif dan 80% makanan.

FDI pula terbahagi 2 iaitu FDI UBAT dan FDI BUKAN UBAT. FDI BUKAN UBAT tidak perlu berdaftar. FDI UBAT perlu berdaftar dengan PBKD.

Bagi produk yang mengandungi kurang 20% bahan aktif, 80% makanan tetapi terdapat salah satu bahan yang disenarai sebagai negative list food ia perlu berdaftar dengan PBKD.

Bagi produk campuran herba ia tegolong sebagai PRODUK TRADISIONAL dan perlu berdaftar dengan PBKD.

 

Kategori produk di Malaysia

 

Senarai negaltif list food mengikut Circular KKM

 

Pemantauan produk di Malaysia dilakukan oleh NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara). Bahagian ini merupakan naziran yang menjalankan penguatkuasa undang-undang NPRA.

Terdapat bahan terlarang yang tidak boleh ada atau dicampur dalam produk. Bahan terlarang boleh jadi secara semulajadi dalam herba atau sintetik yang dijadikan sebagai bahan campur palsu. Biasanya bahan campur palsu adalah  penipuan yang digunakan oleh pengeluar untuk menunjukkan produk tersebut mujarab.

Sekiranya produk tidak mengandungi bahan terlarang tersebut ia tidak menjadi masalah untuk didaftarkan sebagai produk atau ubat-ubatan samada herba atau makanan sekali pun. Dakwaan yang mengatakan herba tidak baik adalah tidak benar. Baik atau buruk herba adalah bergantung bahan aktif yang terdapat dalam herba tersebut.

Walau bagaimana pun herba yaang diletakkan dibawah Akta Dadah dilarang sama sekali kerana penyalahgunaan dadah lebih dari 500g membawa hukuman gantung  mati mandatori. Ia meliputi pokok Carnabis/Ganja,Popi, Marijuana, Kokain. Selain herba yang diwarta dalam Akta Dadah tidak menjadi kesalahan selagi mengikut garis panduan dan spesifikasi NPRA.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *