Sebagai seorang usahawan pengetahuan asas produk adalah perlu memahami Kategori Produk. Mereka hendak buat produk Kategori apa? samada MAKANAN, UBAT atau FDI. FDI adalah satu konsep makanan yang berada intermidiet antara MAKANAN dengan UBAT. Konsep FDI bermaksud telah melepasi takrif MAKANAN tetapi tidak sampai kepada takrifan UBAT. Ia berada ditengah-tengah MAKANAN dan UBAT. Ia belum lagi mencapai tahap UBAT kerana kandungan bahan aktifnya kurang dari 20%.
Jika produk MAKANAN, tidak perlu berdaftar. Hendak menentukan Kategori Produk, perlulah memohon kepada NPRA untuk membuat Pengkelasan Produk. Jika FDI,, ada dua keadaan iaitu FDI BUKAN UBAT dan FDI UBAT. Hanya FDI UBAT sahaja perlu berdaftar dengan PBKD. FDI BUKAN UBAT pula sama seperti MAKANAN, tidak perlu berdaftar.
Ini perlu difahami kerana MAB ada 2 kategori iatu MAB TABLET dan MAB CLASSIC. MAB CLASSIC adalah kategori TRADISIONAL. MAB TABLET adalah FDI BUKAN UBAT, tidak perlu daftar. Di bawah ini adalah surat Pengkelasan Produk MAB TABLET.
Jika memahami konsep ini, satu produk boleh disediakan dalam versi atau alam yang berbeza samada Raw Tradisinal, Tablet Extract, Serbuk atau Jus. Boleh disediakan dalam invironment samada MAKANAN atau UBAT. Ini boleh dilakukan dengan menterjemahkan dari segi takrifan undang-undang sedia ada.
Jadi apa membezakan produk perlu daftar atau tidak kerana kandungan bahan aktif dalam produk.
Kenapa MAB klasik berada di bawah kategori tradisional berbeza dgn MAB tablet?
MAB klasik adalah 100% bahan aktif. MAB tablet 80% foods dan 20% bahan aktif (FDI).