Di Malaysia setiap produk mesti menunjukkan Fakta Nutrisi pada label sticker. Ia meliputi Energy/Tenaga, Karbohidrat, Protin dan Lemak. Fakta Energy/Tenaga di tunjukan dalam nilai Kalori.
APA ITU KALORI ?
Energy/Tenaga kita perolehi dari kalori. Kalori diperolehi dari makanan dan minuman yang kita makan. Dari kalori ia ditukar menjadi energy/tenaga. Dengan adanya energy kita boleh bergerak untuk kita melakukan aktiviti hidup.
Tubuh memerlukan energy untuk hidup. Setiap organ dalam badan kita berfungsi kerana adanya energy. Semasa kita tidur sekali pun kita masih perlukan energy kerana organ kita tetap berkerja seperti jantung, hati, paru-paru, pankreas, buah pinggang dan lain-lain lagi.
DARI MANA DATANGNYA SUMBER KALORI?
Kalori datang dari karbohidrat, protin dan lemak. Dengan mengetahui nilai protin, karbohidrat dan lemak, hitungan kalori dapat dikira.
BERAPA KALORI UNTUK SETIAP ORANG SEHARI?
Setiap orang memerlukan kalori yang berbeza mengikut keperluan aktiviti mereka setiap hari. Contoh orang yang berkerja di pejabat memerlukan kalori yang lebih rendah dari orang yang berkerja luar pejabat seperti peladang, pekebun, pesawah, perkerja awam binaan dan lain-lain lagi.
Saintis bahagian pemakanan telah membuat kajian, purata jumlah kalori bagi orang yang berkerja tidak mengguna tenaga fizikal adalah sekitar 2000 – 2500 kalori sehari. Contoh seperti pekerja pejabat,suri rumah dan lain- lain. Bagi yang berkerja mengguna tenaga fizikal memerlukan sekitar 2500 – 3500 kalori sehari. Contoh seperti pesawah, peladang, pekerja binaan dan lain-lain.
APA PENTINGNYA MENGETAHUI KALORI ?
Jumlah kalori dalam makanan penting untuk menjaga keseimbagan tenaga dalam badan.berat. Jumlah tenaga yang masuk mestilah sama dengan tenaga yang digunakan. Tenaga masuk dan tenaga keluar badan tidak akan obes. Dengan itu badan akan sihat dan dapat mengelak penyakit.
Jika kalori masuk lebih dari kalori keluar, berat badan akan naik. Manakala jika kurang kalori masuk kurang dari kalori keluar, maka berat badan akan turun/kurus.
Jadi untuk mengekal berat badan stabil adalah dengan menentukan jumlah kalori yang digunakan sama dengan kalori yang dimakan.
KALORI CARA MUDAH UNTUK KURUS
Kalori berguna bagi orang yang obes untuk kurus. Contoh, keperluan kalori sehari adalah 2000. Jadi untuk kurus adalah mengambil makanan kurang dari 2000 kalori, contohnya 1500 kalori. Dengan itu badan akan defisit/kurang kalori sebanyak 500 kalori sehari.
Untuk menampung kekurangan 500 kalori itu, badan akan mencuri lemak yang disimpan pada badan kita. 500 kalori akan dibakar dari lemak yang disimpan dalam badan kita. Dengan cara ini, lama-kelamaan badan akan kurus secara biologi dan tidak merosakkan badan. Perut buncit akan kempis dan bentuk badan akan kembali langsing.
Cara untuk kurus adalah makan ikut pola kalori rendah bukan kurang makan. Contoh, orang yang obes ingin kurus, ia ganti nasi dengan mee segera, mee MAGGI. Ini cara yang salah. Ini kerana mee MAGGI mengandungi kalori yang tinggi iaitu sekitar 300 kalori. Nasi mengandungi kalori rendah daripada mee MAGGI sekitar 100 kalori. Jadi dengan ganti nasi dengan mee MAGGI bererti ia makan 3 kali ganda lebih dari biasa. Mana mungkin badan boleh kurus.
Contoh cara yang betul untuk kurus adalah ganti nasi dengan oatmeal. Ini kerana oatmeal kalori rendah sekitar 50 sahaja. Dengan ini ia telah tukar pola makan kurang kalori 100 kepada 50 kalori. Secara automatik badan akan mencuri lemak badan untuk menanpung kalori yang defisit. Kalori dibakar baru badan boleh kurus.
Untuk mendapat kurus dengan kesan yang lebih efektif adalah digabungkan pola makan berkalori rendah berserta melakukan senaman ringan berjalan kaki sekitar 30 minit sehari. Ini kerana berjalan kaki membakar 50 kalori. Adapun senaman yang mengeluarkan peluh lebih baik lagi. Ini kerana semasa berpeluh lemak dibakar mejadi air dan garam. Peluh masin kerana garam Natrium Klorida ( NaCl), Sodium dalam pengawet, MSG dalam perasa dan lain-lain. Garam ini yang ada dalam darah akan membuat tekanan tinggi dalam darah atau di luar jantung. Ini yang akan menjadi penyakit darah tinggi.
ADAKAH BENAR AMBIL JUS DAN PIL KURUS BOLEH KURUSKAN BADAN ?
Mengambil jus makanan akan menambah kalori. Ini tidak membantu menurunkan berat badan. Berat badan akan turun jika adanya pembakaran kalori.
Mengambil pil kurus pula memang boleh kurus. Ini kerana pil kurus ada pengaruh dadah. Dadah ini menghantar isyarat ke otak supaya kita tidak selera makan. Ini mengganggu kelenjar makan dan bahaya pada hati dan buah pinggang. Organ ini akan berkerja lebih untuk mendetox dadah tersebut. Banyak jenis dadah yang digunakan dalam pil kurus, antara yang selalu ditemui adalah sibuttramin.
LEBIH KALORI ADALAH FAKTOR UTAMA KEGEMUKAN
Badan menjadi gemuk kerana makanan kita tinggi kalori. Contoh, kita perlu 2000 kalori sehari tetapi pola makanan kita 3000 kalori sehari. Ini bererti kita liability/lebih kalori sebanyak 1000 sehari.
Kalori yang tidak diguna akan disimpan sebagai lemak dalam badan biasanya pada perut. Jika tiap-tiap hari kita liability 1000 kalori, sudah pastilah kita akan gemuk, perut akan buncit dan badan akan mengelebeh.
Jika tidak diubah pola makanan berkalori rendah, kita akan terus obes. Orang yang obes berisiko tidak sihat.
KENAPA PERLU KAWAL BERAT BADAN?
Mengawal berat badan kerana untuk menghindar penyakit darah tinggi dan penyakit jantung.
Kita mempunyai jantung yang kecil dan tidak membesar walau badan kita gemuk dari setahun ke setahun. Jika berat badan semakin bertambah, maka jantung akan berkerja lebih kuat untuk mengepam darah. Ditambah pula kandungan garam yang tinggi dalam darah, ia menghasil tekanan yang tinggi diluar jantung. Makanya jantung akan menambah lagi tekanan untuk mengepam darah lebih kuat lagi. Tekanan yang kuat akan menjadikan penyakit darah tinggi.
Tekanan darah tinggi dalam jantung yang berterusan akibat menghasilkan muscle pada otot jantung. Muscle ini lama-kelamaan akan menjadikan jantung membesar atau bengkak. Ini membawa pula risiko terkena penyakit jantung.
APA KAITAN KALORI DENGAN MAB?
Fakta nutrisi MAB mengandungi sebanyak 367 kalori setiap 100 gram. Dengan mengambil sebiji MAB sehari wanita sudah mendapat kalori sebanyak 367 kalori. Jumlah kalori wanita sekitar 2000 kalori sehari. Jadi baki 1633 kalori lagi ia boleh diambil pada makanan lain. Aturlah pola makanan 2000 kalori sendiri setelah mengetahui kalori MAB.
Jadi supaya wanita sentiasa langsing ia perlulah menyukat pola makanan sendiri supaya jumlah kalori yang ia makan sekitar 2000 kalori sehari. Jika lebih ia akan obes.
APP STORE KALORI
Pada masa kini menentukan kalori sangat mudah kerana sudah ada App Store Kalori untuk di install pada smart phone. Antara App Store Kalori untuk mengira kalori makanan seperti Calories Calculator. Ukur kalori makanan anda, pilih makanan yang sihat yang ada nutrisi tapi rendah kalori.
KESIMPULAN
Inilah pentingnya ilmu Fakta Nutrisi MAB yang pengguna MAB perlu tahu. Jadilah pengguna MAB yang berinformasi kerana diluar sana ramai pemfitnah. Fitnah boleh dipatahkan jika ada ilmu.
Kesimpulannya, ilmu kalori makanan amat bermanfaat bagi pengguna MAB. Anda makan anda faham. Ilmu kalori supaya berusaha menghindari obesiti. Ini kerana obesiti boleh mengundang penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung jika tidak dikawal.