Search
Close this search box.

PANTANG LARANG MAB

MAKANAN-MAKANAN YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL BAGI YANG MENGGUNA MAB UNTUK MERANCANG KELUARGA

Seperti diketahui MAB berfungsi sebagai perancang keluarga kerana adanya pengawalan suhu panas dalam rahim. Julat suhu MAB untuk merancang keluarga adalah (34⁰C < MAB < 37.5⁰C). MAB amat sensitif dengan makanan-makanan tertentu yang boleh menurunkan suhu MAB. Makanan ini adalah pantang larang bagi yang mengguna MAB untuk merancang keluarga. Antara makanan tersebut seperti dibawah.

  1. Sebarang jamu-jamu atau sebarang ubatan yang mengandungi herba tidak boleh dicampur dengan produk MAB (tidak kira lah apa pun jenamanya).

2.  Produk-produk detox. Antara produk detox yang tidak boleh diambil bersama MAB:

(i)  CMD – Ditakuti akan meneutralkan fungsi MAB.

(ii)   Produk berkolagen – Sifat kolagen yang sejuk, dikhuatiri akan menurunkan suhu MAB.

(iii)  Air kelapa.- Air kelapa akan menutralkan kandungan MAB. Dengan itu suhu MAB akan menurun. Ini akan menghilangkan fungsi MAB sebagai family planning. Sekiranya berkeinginan juga untuk minum air kelapa, jarakkan masa untuk minum. Contonhnya, MAB ambil malam, air kelapa ambil esok siangnya.

(vi)  Air tebu atau nenas- Tidak berapa memberi efek terhadap fungsi merancang keluarga sebenarnya, Cuma kalau yang makan MAB mengalami period lama atau panjang kena elaklah minum kedua dua ini kerana proses rawatan dalam rahim sedang berjalan. Air tebu dan nenas ini bersifat berasid maka akan menutralkan kandungan MAB. Ini akan ganggu proses rawatan MAB ke atas rahim.

3. Produk berasas mutira – mutiara bersifat sejuk. Ini akan menurunkan suhu panas MAB.

4. Bersauna – Bersauna akan membuka pori-pori liang peluh dan akan mendetox sekali suhu panas MAB  dalam rahim. Dengan ini akan akan mengganggu suhu dalam rahim bagi wanita yang mengguna MAB untuk family planning.

5. Sebahagian produk Shaklee. Antara produk Shaklee yang tidak boleh campur dengan MAB:

(i) Alfalfa Complex – Merupakan sejenis herba yang bersifat kacip fatimah moden.

 (ii) Herbalax – Terdapat kandungan Alfalfa

 (iii) GLA Complex – Merupakan suplemen kesuburan. Pada yang ambil MAB untuk yang merancang sangat dilarang.

 (iv) ESP- Bersifat menambahkan kesuburan.

Produk- produk Shaklee yang selain dari di atas adalah dibolehkan. Contoh multivitamin, vitamin-vitamin dan lain lain produk yang tidak mempunyai herba, kolagen, alfalfa, alga dan bahan yang boleh meningkatkan kesuburan adalah dibolehkan makan bersama MAB, namun hendaklah dijarakkan sekurangnya 2 jam.

5. Produk yang menambah kesuburan. Antara produk yang tidak boleh diambil secara konsisten setiap hari bersama MAB, namun sesekali adalah dibolehkan. Produk yang boleh menambahkan kesuburan seperti :

(i) Jus delima

(ii) Gel/ Minyak Habbatussauda

(iii) Susu Kambing

(iv) Chia Seed

Walau pun  begitu untuk yang ikhtiar hamil, digalakkan melebihkan makanan-makanan di atas.

6. Orang yang ada masalah penyakit dibawah tidak boleh mengambil MAB iaitu;

i) sakit jantung

ii) komplikasi hati

iii) Kegagalan ginjal

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *