Search
Close this search box.

APAKAH SKOP PEMANTAUAN KKM TERHADAP PENGHSILAN PRODUK – PART 4

 


Dalam DRDG revise 2107,terdapat 20 penyakit yang tidak dibenarkan membuat tuntutan penyembuhan penyakit. Ia telah diwartakan dalam Akta Dadah. Peraturan ini bukan termaktub kepada pengeluar produk sahaja malah ia meliputi semua pihak termasuk badan berkuasa dalam bidang perubatan, KKM.

Apa yang masyarakat Malaysia perlu faham dan sedari, Akta di luluskan oleh Parlimen setelah dibahas oleh wakil Parlimen. Setelah Akta lulus ia berada di bawah kuasa Lagislatif iaitu salah satu dari 3 komponen sistem pemerintahan Malaysia (Eksekutif/Lagislatif/Judisory). Kuasa Eksekutif sebagai Pelaksana manakala pelanggaran undang-undang kuasa pada Judisory.

Jadi 20 penyakit yang tidak boleh dibuat tuntutan sembuh telah di masukkkan dalam Akta Dadah. Ia mencakupi KKM badan kerajaan, pengilang atau sesiapa yang mengeluarkan produk tidak boleh membuat tuntutan sembuh 20 penyakit tersebut.

Ini bermakna ubatan yang dikeluarkan oleh KKM sendiri terhadap 20 penyakit ini bukan untuk kesembuhan tapi hanya untuk menghilangkan gejala penyakit itu sahaja.

Begitu juga usahawan yang ingin membuat produk terhadap 20 penyakit ini tidak boleh membuat tuntutan penyembuhan kerana ia telah dihalang oleh Akta Darah ini. 20 penyakit tersebut diperincikan dalam DRDG.

Dalam hal ini, jika usahawan ingin membuat produk berkaitan 20 penyakit ini mereka hanya boleh membuat tuntutan umum sahaja. Selebih dari itu merekalah yang bertindak mengeducate pelanggan mereka berdasarkan ilmu perubatan, kimia, biologi dan pemakanan.

Menghalang usahawan mengeluarkan produk berkenaan 20 penyakit ini tidak boleh kerana undang-undang tidak pernah menghalang cuma tuntutan kesihatan sahaja tidak boleh menyebut melegakan penyakit tersebut.  Usahawan perlu kreatif dalam mengolah usaha mereka supaya menjadi selari dengan undang-undang.

Jadi jika ada pihak yang anti kepada herba, apa alasan mereka menghalang produk herba sedangkan ubatan dari KKM sendiri bagi 20 penyakit tersebut bukan untuk penyembuhan total. Begitu juga ubatan  dari WHO sendiri belum ada untuk penyembuhan 20 penyakit tersebut?

Sebagai contoh ubat kemoterapi bukanlah ubat untuk penyembuhan 100% kanser. Ia hanya satu method untuk menghalang sel kanser tidak terkawal.

Contoh lain adalah insulin. Ia bukan ubat menyembuh diabetis, tapi satu method untuk mengawal paras gula menjadi tinggi dalam darah. Dengan itu diabetis terkawal.

Begitu juga tablet darah tinggi. Ia satu method untuk mengawal supaya denyutan jantung menjadi normal. Dengan itu tekanan darah tinggi tidak naik.

Semua method di atas diperkenalkan oleh WHO. Ia diiktiraf didunia kerana WHO ada authority. Setiap method  yang diperkenalkan  sah disisi undang-undang dunia dalam skop perubatan.

Mungkin ada cara lain yang belum ditemui kerana dalam Islam memberitahu setiap penyakit ada ubat kecuali mati. Kajian boleh diteruskan selagi dunia belim kiamat. Undang- undang ciptaan manusia boleh dipinda.

Jika WHO memperkenal method lain pula seperti mengguna herba, sudah tentu hospital seliruh dunia akan guna pakai  kerana WHO adalah badan dunia yang berkuasa dalam perubatan seluruh dunia.

Persolannya bagaimana WHO  nak mengiktiraf method herba kerana negara yang ada herba sendiri tidak pernah membuat presentation untuk dinilai kajian mereka? Bagaima hendak membawa ke WHO  sedangkan terdapat gologan medicine sendiri yang menentang herba? Standart makmal kajian kita tidak setaraf WHO?

Bagi usahawan yang ingin membuat produk herba berkaitan dengan 20 penyakit ini, cara tuntutan penyakit mestilah mengikut ayat umum yang digariskan dalam DRDG supaya ia mengikut keselarian dengan undang-undang NPRA. Kemudian mereka hendaklah educate pelanggan mererka bagaimana fungsi bahan aktif dalam herba tersebut membuat pemulihan terhadap sistem dalam badan untuk organ menjalanjan fungsi mereka supaya gejala penyakit dirawat.

Golongan yang menentang penggunaan herba dalam perubatan perlu memahami selok -belok undang-undang untuk mereka melihat skop yang lebih luas lagi.

Sebagai rakyat Malaysia undang-undang memberi kebebasan untuk mereka memilih kaedah perubatan samada dengan ubatan sintetik atau apa-apa method yang mereka suka seperti herba, cuma  prasarana ubatan herba belum sempurna kerana belum ada kesedaran di pihak Eksekutif unruk melaksanakannya. Jika PM kita tendiri dari golongan ahli herba sudah tentu ia senang untuk dilaksanakan dengan mengeluarkan arahan kepada Kementerian yang memegang fotfolio perubatan?

Walau pun FRIM, RISDA telah mengeluarkan ratusan paper work kajian herba, ia tidak akan membawa apa-apa kesan kerana policy jabatan kerajaan tersebut hanya untuk public purpose bidang meraka sahaja. Manakala kajian dari Universiti  tidak dapat diimplimentkan kerana policy Universiti setakat      Reserch untuk akademik sahaja. Apa-apa pun ia akan menjadi realiti apabila pihak Eksekutif mahu merialisasikan herba.

 

 

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *