Bagaimana rahsia sebenar habbatuss sauda berperanan dalam penawar dan penyembuhan? Analisa demi analisa ke atas habbatus sauda secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya dalam kajian penyelidik.
Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan habbatus sauda masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya. Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan habbatus sauda yang mengikut maksud hadis Nabi s.a.w penawar bagi segala penyakit.
Setakat ini analisa telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut saling seiring, berinteraksi, berhubungkait dan menyokong antara satu sama lain dalam proses rawatan untuk penyembuhan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit.
Untuk memahami proses saling hubung-kait dan perjalanan penyembuhan yang mungkin terjadi, berikut adalah senarai bahan-bahan aktif yang terdapat dalam habbatus sauda dan ciri-cirinya yang diketahui oleh saintis;
1) Alanine
o Sejenis asid amino non-essential.
o Antioksida (bahan yang mencegah kerosakan akibat proses oksidasi
o Cancer preventive (pencegah kanser)
2) Alpha-spinasterol
o Anti inflamasi (anti peradangan)
o Anaesthetic (bius setempat, kebaskan sakit / numbs pain)
o berguna dalam sakit gigi
3) Arginine
o Sejenis asid amino non-essential
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Pituitary stimulant (agen peransang kelenjar pituitari).
o Bahan ini juga memperbaiki tindak balas badan terhadap bakteria, virus dan sel-sel tumor.
o Ia menolong menyembuh luka, dan mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.
4) Ascorbic Acid (Vitamin C)
o Asid gula yang bersifat antioksida (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oksidasi)
o Anti-arthritic (radang sendi)
o Anti bakteria
o Anti cold (sejuk tubuh badan)
o Anti ulcer
o Cancer & asthma preventative (pencegah kanser dan asthma/lelah)
5) Asparagine
o Asid Amino non essential
o Anti sickling (anti penyakit sickle cell adalah penyakit anemia akibat kelainan genetik di mana bentuk sel darah merah tidak normal)
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Sistem saraf memerlukan asparagine untuk mengekalkan imbangan (equilibrium) dan transformasi Asid Amino acid. Ia juga memainkan peranan dalam synthesis ammonia.
6) Beta-Carotene
o Bersifat antioksida ditukar menjadi Vitamin A
o anti kanser
o Menolong pernafasan, membaiki masalah mata
o Vitamin A adalah salah satu nutrin yang sangat penting bagin badan manusia.
7) Beta Sisterol
o Menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik
o Meningkatkan sistem pertahanan badan, memulihkan tahap gula dalam darah,
o Mengecilkan kelenjar prostate yang bengkak. (BHP- Benign Prostatic Hyperplasia)
8 ) Calcium
o Anti allergic (alahan)
o Anti atheriosclerotic (penyempitan salur darah)
o Anti osteoporotic (mencegah kekurangan galian tulang/Bone Mineral Density – BMD)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.Carvone (Essential Oil)
o Anti septic (bahan yang membunuh mikrob pada luaran/kulit)
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Carminative (mengeluarkan gas dari perut dan usus)
o Insectifuge (menghalau serangga)
9) Chromium
o Penting dalam metabolisma gula darah,
o Memainkan peranan yang utama dalam sensitiviti sel-sel kepada insulin.
o Meningkatkan tahap cholesterol dan triglyceride. Memperbaiki toleransi glucose.
10) Cobalt
o Meransang pengeluaran sel-sel darah merah dan mencegah anemia (kurang darah).
11) Copper
o Menolong dalam pembentukan sel-sel darah merah
o Membantu pembentukan tulang yang baik dan senggaraannya (maintenance)
o Ia juga menolong pembentukan elastin dan collagen yang penting untuk penyembuhan luka
12) Cystine
o Anti homocystinuric (pengeluaran homocystin dalam air kencing satu penyakit yang disebabkan masalah metabolisma keturunan dirawat dengan Vitamin B6).
o Diperlukan untuk kegunaan Vitamin B6.
o Menolong dalam menyembuhkan melepuh, luka dan menghancurkan lapisan mukus dalam penyakit seperti bronchitis dan cystic fibrosis.
o Cystine menolong dalam pembekalan insulin ke pancreas, yang diperlukan untuk assimilasi gula dan kanji.
o Ia juga boleh menjadi agen detox (detoxification agent – penyahracun) untuk menahan badan dari kerosakan akibat alcohol dan rokok.
o Mencegah kerosakan ke atas hati (liver) dan otak
13) D-Limonene
o Anti cancer (breast),
o Anti tumour promoter,
o Cancer preventative (mencegah kanser)
14) Fiber
o Anti diabetic (kencing manis),
o Anti obesity (gemuk berlebihan),
o Anti tumour (barah),
o Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Cardio protective (melindungi jantung),
o Laxative (tindakan julap)
15) Glucose
o Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
o Memory enhancer (menguatkan ingatan)
16) Glutamic A (non-essential amino acid)
o Anti epileptic (sawan),
o Anti retardation (terencat akal/jasad)
o Juga penting untuk metabolisma gula dan lelemak.
o Ia juga boleh menjadi rawatan untuk masalah neurological, ulcer, hypoglycemic come, muscular dystrophy, epilepsy, Parkinson’s, and cacat akal (mental retardation).
17) Glycine
o Anti acid,
o Anti ulcer (mencegah luka dalam perut),
o Ancer preventative (mencegah kanser),
o Anti gastric.
o Ia penting untuk membina protein dan sinthesis asid nucleic, RNA dan DNA, asid hempedu, dan asid-asid amino yang lain dalam badan.
o Ia juga menghantikan kemerosotan otot, penting untuk kesihatan prostate.
o Dapat menolong mencegah sawan.
18) Hederagenin
o Anti allergenic(bahan alahan),
o Anti capillary fragility (kelemahan urat darah yang kecil),
o Anti fibrolytic
o anti inflammatory (radang),
o Fungicide (membunuh fungus -kulat)
19) Iodine
o Mengatur produksi tenaga dalam badan,
o Menolong membakar lebihan lemak dengan meransang kadar metabolisma,
o Menstabilkan berat badan,
o Mengawal tahap cholesterol.
o Ia juga memperbaiki kesihatan mental (mentality), pertuturan, tulang, keadaan rambut, kulit dan gigi.
20) Iron
o Anti anemic (kurang darah – anemia),
o Anti menorrhagic (haidh yang banyak dan lama keluarnya – )
o Ia juga diperlukan untuk mengoksigenkan sel darah merah, kesihatan sistem pertahanan badan dan penghasilan tenaga
21) Isoleucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic (penyakit otak).
o Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin darah,
o Pengekalan tahap gula dalam darah
o Pembekuan darah (gula)
22) Leucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic,
o Mengekal tahap gula dalam darah,
o Pertumbuhan tisu otot,
o Hormon pertumbuhan,
o Penyembuh luka dan tenaga.
23) Linoleic acid (Asid Lemak)
o Anti anaphylactic (hypersentivity terlalu peka kepada bahan luaran -allargen)
o Anti arteriosclerosis,
o Anti arthritis,
o Anti eczema, (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan merah, gatal, berkudis, berkeruping dan bersisik)
o Anti histamine (bahan yang bertindakbalas terhadap kesan fisiologi histamine hasil dari alahan)
o Anti inflammatory,
o Anti menorrhagic, (haidh haidh yang banyak dan lama keluarnya – )
o Cancer preventive (mencegah kanser).
o Asid Linoleic (LA) dan Asid Alpha-Lenolenic tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu ia adalah sangat penting didapati dari sumber pemakanan.
24) Lysine
o Anti alkalotic (pH badan)
o Ia diperlukan untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak, menolong menyerap kalsium.
o Ia juga menolong penghasilan antibodi, hormon, enzyme, collagen dan membaiki tissue.
o Ia juga menolong pesakit yang sedang sembuh dari kecederaan dan pembedahan.
25) Magnesium
o Mengatur aktiviti neuromuscular (saraf dan otot) jantung, menukarkan gula darah kepada tenaga.
o Ia menolong dalam pembentukan tulang dan gigi dan penyerapan calcium dan potassium.
26) Methionine
o Anti catarrh (tersumbat hidung akibat selsema bengkak membran mucous),
o Anti eczema (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal, berkudis, berkeruping atau bersisik),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Menghancurkan lemak, mencegah pengumpulan lemak dalam urat darah.
27) Myristic acid (Asid Lemak)
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Lubricant (pelincir dalam sistem penghadaman)
28) Nigellone
o Anti asthmatic,
o Anti bronchitic,
o Anti histaminic,
o Anti spasmodic
29) Oleic acid (Asid lemak)
o Anti inflammatory,
o Cancer preventative (mencegah kanser)
30) Palmitic acid (hexadecanoic acid – Asid Lemak)
o Anti fibrinolytic
31) Phenylalanine
o Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
o Anti parkinsonian,
o Anti depressant (kemurungan)
o Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.
32) Phytosterols
o Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
o Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
o Mengurangkan inflamasi (radang)
33) Potassium
o Anti depressant,
o Anti fatigue (kelesuan),
o Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
o Anti spasmodic (kejangan).
o Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.
34) Saponin
o Laxative
o Anti parasite
o Anti mucous
o Appetite stimulant (peransang selera),
o Merendahkan tahap gula dalam darah,
o Anti depressant,
o Anti inflammatory dan
o Anti toxic.
35) Selenium
o Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
o Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
o Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues elasticity).
o Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur (dandruff).
o Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).
36) Serine
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem pertahanan badan kerana ia menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan antibodi.
o Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
o Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.
37) Sodium
o Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
o Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.
38) Stigmasterol
o Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati – liver),
o Anti inflammatory,
o Anti viral,
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
o Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).
39) Tannin
o Anti tumor,
o Anti bacterial,
o Anti cancer (mencegah kanser)
o Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
o Anti diarrhoic (cirit birit)
o Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
o anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti ulcer,
o Anti viral
40) Threonine
o Anti bacterial,
o Anti streptococci.
o Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan imbangan protein dalam badan.
o Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
o Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
o Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
o Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.
41) Thymoquinone
o Anti arthritic
o Anti asthmatic
o Anti bacterial,
o Anti histamine
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.
42) Tryptophan
o Analgestic,
o Anti anxiety (keresahan),
o Anti dementia (nyanyuk),
o Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
o Anti parkinsonian,
o Anti migraine (sakit kepala),
o Anti insomniac (tidak boleh tidur),
o Anti manic (tekanan jiwa),
o Menstabilkan emosi,
o Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
43) Tyrosine
o Anti parkinsonian
o cancer preventative (mencegah kanser)
o Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
o Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.
44) Vitamin A (lihat â-carotene)
o Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
o Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
o Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
o Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
o Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.
45) Vitamin B1 (thiamine)
o Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
o Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
o Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.
46) Vitamin B2 (Riboflavin)
o Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
o Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
o Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
o Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.
47) Zinc
o Anti oxidant
o perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
o Mengekalkan imbangan akali badan.
o Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
o Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat.
Senarai di atas ini hanyalah sebahagian dari bahan-bahan dalam habbatus sauda. Terdapat 53 lagi elemen yang tidak dibentangkan di sini. Bagaimanapun senarai di atas sudah cukup untuk memberi bayangan kepada mengenai kehebatan kandungan habbatus sauda ubat segala penyakit seperti di khabarkan oleh Nabi SAW.
Belum ada saintis yang boleh mencipta ubat dengan kandungan 100 bahan aktif dengan dos yang betul untuk badan manusia melainkan Allah menciptakan biji habbatus sauda ini sebesar butir pasir tapi bahan aktifnya, mineral, vitamin dan enzim cukup untuk menjadi penawar untuk manusia. Maha suci Allah. Nabi hanya menerima wahyu dari Allah dan menyampaikanya kepada manusia.