Search
Close this search box.

DHC CARE – BAGAIMANA ANTIOKSIDA BERTINDAK MENCEGAH PENYAKIT

ANTIOKSIDA adalah bahan yang berkemampuan untuk mencegah dan memperlahankan proses kerosakan sel serta tisu akibat PROSES OKSIDASI.

Untuk memahami maksud OKSIDASI cuba anda lihat apa yang berlaku apabila sebiji buah apel dibiarkan untuk beberapa hari, anda akan dapati terdapat tompok keperangan bertukar menjadi kehitaman yang lama kelamaan ianya akan menjadi lembut dan rosak (busuk). Kesan kehitaman inilah akibat proses oksidasi.

Kesan oksidasi terhadap buah apel

Proses oksidasi ini disebabkan oleh kesan bahan yang dikenali sebagai RADIKAL BEBAS yang tidak mampu dikawal oleh antioksida. Untuk memahami maksud antioksida, anda perlu mengenal apakah RADIKAL BEBAS.

Radikal bebas adalah atom atau molekul yang aktif serta mempunyai caj yang berlebihan samada disebabkan oleh kekurangan ataupun kelebihan electron di dalamnya.

Apabila ini berlaku radikal bebas ini akan menjadi sangat tidak stabil dan berkeliaran mencari peluang supaya caj yang berlebihan itu dapat dinyahkan. Caj yang berlebihan ini dapat dinyahkan samada dengan mengambil atau pun memberi elektron.

Jika mereka mempunyai kurang elektron, mereka akan mencari molekul yang dapat memberi elektron kepada mereka. Dalam proses mencari elektron ini, mereka boleh merosakkan DNA, menyerang enzim, protin dan selaput sel. Manifestasi dari kesan ini mengakibatkan kerosakan DNA sel. Kesanya mengakibatkan kadar kematian sel yang lebih cepat. Ini akan mengundang penyakit.

BAGAIMANA ANTIOKSIDA BERTINDAK MELAWAN PENYAKIT?

Antioksida menghalang proses oksidasi yang dilakukan oleh radikal bebas dengan cara meneutralisasikannya. Apabila antioksida meneutralisasikan radikal bebas, antioksida ini sendiri akan mengalami pengoksidaan dan menjadi tidak aktif.

CARA ANTIOKSIDA BERTINDAK

1) Merencat pembiakan radikal bebas

Semasa radikal bebas mengambil atau memberi elektron kepada atom atau molekul yang diserang olehnya, atom atau molekul yang kedua ini akan menjadi radikal bebas yang baru dan ia akan melakukan perkara yang sama ke atas molekul-molekul lain dan begitulah seterusnya sehingga terbentuk banyak radikal bebas yang “membiak“ dan “berjangkit“.

Antioksida dapat memutuskan rantaian ini dan seterusnya memberhentikan proses tersebut. Jadi kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini dapat diperlahankan ataupun dihentikan. Kerosakan yang telah berlaku mungkin tidak dapat dipulihkan tetapi sekurang-kurangnyanya ianya dapat terhenti setakat itu.

2) Mencegah pembentukan radikal bebas dari peringkat awal.

Antioksida juga dapat mencegah dari berlakunya proses penyahan caj oleh molekul yang berpotensi menjadi radikal bebas dari peringkat permulaan lagi. Dengan cara ini antioksida dapat mengurangkan kesan radikal bebas dari peringkat awal.

Gambaran antioksida meneutralkan radikal bebas

PERANAN DHC CARE SEBAGAI ANTIOKSIDA MERAWAT DAN MENCEGAH PENYAKIT

Tidak dapat dinafikan bahawa radikal bebas yang dibiarkan bermaharajalela boleh memudaratkan kesihatan anda. Di samping itu memang tidak dapat dinafikan bahawa antioksida berperanan mengurangkan kesan radikal bebas ke atas badan. DHC CARE mengandungi lebih dari 20,000 ORAC (unit mengukur kadar antioksida) untuk meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kerosakan DNA sel.

Kerosakan DNA sel pankreas mengundang kerosakan pankreas. Pankreas yang rosak akan mengganggu produktiviti menghasil hormon insulin. Insulin berkurang menjadikan gula tidak dapat diimbangi dalam darah. Ini menghasilkan penyakit kencing manis/diabetis.

Oksidasi akibat pengoksidaan akan menimbulkan peradangan dalam pembuluh darah. Peradangan akan mengundang penumpukan plak lemak jahat ( LDL) dalam pembuluh darah. Ini mengundang terjadi kolestrol tinggi dalam darah.

Kesan peradangan dalam pembuluh darah ini akan menghasil tekanan tinggi/berlebihan. Ini akan meransang jantung mengepam darah lebih laju untuk mengimbangi tekanan tinggi di luar jantung. Ini akan mengundang penyakit tekanan darah tinggi/hipertensi.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *