Untuk menentukan MAB bebas dari bahan kimia atau unsur dadah berbahaya, ZPR telah mambuat satu ujian pengesanan dadah yang dinamakan DRUG SCREENING. Ujian ini dilakukan oleh PUSAT RACUN NEGARA (PRN).
PRN merupakan sebuah agensi kerajaan yang berada di sebuah universiti reseach terkenal di utara Semenanjung Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Peranan PRN adalah menjalankan analisis dan mengenalpasti racun, bahan kimia/dadah dalam ubat-ubatan/produk. PRN adalah satu agensi kerajaan yang diiktiraf oleh KKM sebagai makmal swasta dalam menjalankan analisis tertentu bagi pihak Bahagian Lagulatori Farmasi Negara (NPRA).
NPRA adalah badan kerajaan yang mengawal pendaftaran ubat-ubatan dan produk di Malaysia. NPRA merupakan badan kerajaan yang dilantik sebagai sekretariat kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Pihak PBKD mengawal bahan kimia dalam ubat ubatan atau produk melalui peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984, Peraturan 7(1).
NPRA ditanggungjawabkan mengendali pendaftaran ubat-ubatan dan kosmetik melalui penilaian data-data saintifik, ujian makmal, perlesenan pengilang, pemborong dan pengimpot produk.
NPRA pula melantik makmal-maklmal swasta lain melalui pengiktiran yang diberi dengan syarat mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh KKM. ini bagi menampung permintaan yang tinggi pihak pengilangsebagai pengeluar produk. PRN adalah salah satu agensi kerajaan yang dilantik sebagai makmal swasta NPRA untuk menjalankan analisis tertentu.
Dalam hal ini ZPR telah menggunakan khidmat PRN untuk membuat analisis Drug Screening (Ujian Saringan Dadah) terhadap MAB. Drug-Screening dilakukan untuk menguji samada MAB mengandungi racun, bahan kimia atau dadah terkawal oleh PBKD.
Tujuan analisis Drug Screening adalah untuk mengesan adakah terdapat bahan kimia/dadah yang tersenari dari 68 jenis bahan kimia/dadah yang dikawal oleh PBKD? Bahan kimia ini tidak boleh disalah gunakan oleh orang awam. Ia hanya diberi kebenaran oleh agensi yang mendapat lesen dari PBKD seperti farmasi, hospital, pengilang ubat-ubatan dan doktor pakar untuk tujuan perubatan. Dibenar digunakan mengikut dos yang kecil tubuh badan manusia. Biasanya jenis bahan kimia/dadah ini terdapat dalam ubat-ubatan kimia sintetik moden hari ini.
Dalam analisis tersebut, PRN mengguna peralatan yang canggih dan mahal iaitu Gas Chromatograph-Mass Spectromerter (GC-MS). Gambar GC-MS seperti dibawah.
Dalam kaedah ini, analisis dilakukan dengan menetap satu garis terendah pada peralatan GG-MS dikenali sebagai Limit of Detection (LOD). Nilai tetapan LOD diukur dalam unit µg/g @ 1: 1,000,000 @ ppm.
Konsep ini adalah seperti mengesan bahan kimia di bawah permukaan. Bahasa senang mudah faham adalah seperti kita menggali lumpur dan mencari galian yang wujud didalam lumpur tersebut.
Dengan menetap LOD tertentu pada setiap bahan kimia pada GC-MS (seperti di dalam sijil), menunjukkan kesemua 68 bahan kimia/dadah yang dikawal oleh PBKD tidak ditemui (NOT DETECTION – ND) dalam MAB. Sijil analisis seperti dibawah.
Dengan itu sahlah bahawa MAB bebas dari sebarang unsur bahan kimia atau dadah terlarang. JiKa anda makan MAB, anda akan cergas sepanjang hari, ini bukan pengaruh bahan kimia/dadah tapi ia hasil dari bahan aktif yang terdapat dalam herba semulajadi.
Dengan itu MAB terbukti 100% organik, tidak ada bahan campur palsu, bahan kimia atau dadah terlarang. Pennguna MAB yang telah lama mengamal MAB lebih dari 10 tahun juga mengesahkan kesihatan mereka baik, buah pinggang, hati dan pankreas baik melalui ujian darah dan urine yang mereka lakukan.
Kesimpulannya, MAB terbukti secara saintifik bebas dari bahan kimia. Hanya pihak pemfitnah MAB saja yang tidak boleh menunjukkan fakta mereka secara saintifik.