Makanan yang sihat mestilah mengandungi kandungan nutrisi seperti tenaga,karbohidrat, protin dan lemak. Protin merupakan salah satu nutrisi yang penting dalam makanan.
KENAPA BADAN PERLU NUTRISI PROTIN?
Protin merupakan bahan pembangunan sel dalam tubuh. Gambaran protin adalah seperti kumpulan batu bata bagi sebuah bangunan. Untuk membina bangunan, dinding bangunan disusun dengan jaringan batu-bata. Begitu juga tubuh manusia, protin adalah seperti jaringan batu-bata dalam sel tubuh badan.
Binaan asas tubuh badan asasnya terbina dari sel. Sel merupakan atom terkecil. Bahan dalam sel pada dasarnya terdiri dari protin. Sel membentuk jaringan, jaringan membentuk organ, organ membentuk sistem organ, sistem organ membentuk organisma dikenali sebagai fizikal tubuh badan.
Sel yang baik membentuk organisma yang baik. Dengan itu sel yang baik memerlukan protin yang cukup. Protin adalah unsur kedua penting selepas air dalam tubuh manusia. Tubuh manusia terdiri dari 70% air. Dalam tubuh manusia terdiri dari 16-17% protin. Tiada kehidupan tanpa protin. Sebagai contoh sel sperma (lelaki) dan ovom/telur (wanita) terjadi dari protin.
PERANAN PROTIN UNTUK TUBUH
- Penyembuh luka.
Kenapa protin sangat penting dan perlu ada dalam makanan? Apabila kita cedera, ada orang cepat sembuh dan ada juga orang yang lambat sembuh. Apabila luka, disapu dgn ubat alkohol. Yang menyembuh luka bukanlah alkohol. Alkohol cuma medium untuk menghalang infeksi atau jangkitan bakteria. Komponen yang paling penting membuat luka sembuh adalah protin, bukanlah ubat sapuan alkohol. Jaringan sel kulit yang luka akan menutup dengan bagus jika sel kita mengandungi protin yang cukup.
- Mencerahkan kulit/awet muda
Perasan atau tidak, setengah orang memiliki kulit yang tegang, cantik dan berseri, bercahaya dan nampak ceria dan awet? Dan sesetengah orang nampak kusam, kulit kendur dan wajah nampak tua dari usia sebenar? Apakah faktor yang menjadi perbezaan antara orang yang nampak muda dengan orang nampak tua? Selain faktor emosi, ia juga berkaitan dengan kandungan protin yang tidak cukup dalam kulit mereka.
Pada setiap 28 hari sel kulit akan mati dan akan diganti dengan sel baru. Proses ini dikenali sebagai regenarasi sel. Sel mati kulit akan mengelupas dan diganti dengan sel yang baru. Jika kandungan protin tidak cukup, sel baru akan tumbuh juga tapi tumbuh tidak berapa bagus. Dengan itu tapi kulit menjadi kendur, kusam dan nampak tua. jadi peranan protin adalah untuk menjaga kesihatan kulit agar sentiasa awet muda.
- Mengelak gastik dalam perut
Orang selalu gastrik tidak boleh makan makanan berasid seperti makanan asam. Ini kerana kandungan asid yang tinggi dalam perut. Asid dalam perut/usus ini disebabkan oleh ulser atau luka kecil dalam perut/usus. Apabila mereka mengambil ubat gastrik, ia bukan mengubat gastrik tapi ubat itu hanya menutralkan asid dalam perut. Bila asid dalam perut nutral, gastik akan reda. Hakikatnya ia bukan sembuh, masih ada ulser dalam usus. Apabila tersilap makan makanan berasid,ia akan kena gastrik semula. Jadi jika makanan kita cukup protin maka ia akan menyembuh sel yang luka dalam perut. Tiada lagi ulser dalam usus maka dengan cukup protin akan merawat ulser usus dan gastrik akan sembuh.
APA AKAN TERJADI JIKA BADAN KURANG PROTIN?
Jadi bagi orang yang tidak cukup protin umpama membuat bangunan dengan jarigangan batu-bata yang tidak cukup. Bangunan boleh siap juga tapi nampak tidak elok pada pandangan mata. Begitu juga tubuh manusia, jika tidak cukup protin, manusia boleh hidup juga tapi ia menghadapi sistem kekebalan tubuh/imuniti akan menurun, kulit akan menjadi kendur, kusam, kuku nampak tidak segar kekuningan mudah patah dan luka akan lambat sembuh. Ia nampak lebih tua dan kurang menarik.
Wanita yang tidak cukup protin akan nampak tua 10 tahun lebih dari usia. Ia menjadi lebih teruk apabila ia melahirkan bayi. Ini kerana semasa melahirkan memerlukan tenaga yang banyak. Banyak luka terjadi semasa melahirkan bayi. Sel adalah satu jisim yang hidup. Jisim yang hidup memerlukan tenaga. Untuk ia bercantum selepas luka ia memerlukan lebih banyak tenaga. Protin yang cukup akan mudah membekal tenaga untuk sel bercantum menyembuhkan luka. Wanita yang cukup protin tidak ada masalah. Luka cepat sembuh dalam tempoh berpantang. Makanan yang perlu diambil dalam tempoh berpantang adalah makanan yang kaya dengan protin.
BERAPA KANDUNGAN PROTIN PERLU AMBIL SETIAP HARI?
Jumlah kandungan protin perlu ambil setiap hari berbeza setiap orang. Orang berkerja seperti pekerja binaan memerlukan protin yang tinggi berbanding dengan orang berkerja di pejabat. Secara purata setiap orang memerlukan sekitar 0.8 – 1 gram bagi setiap kg berat badan mereka.Sebagai contoh orang berkerja di pejabat dengan berat badan 60 kg, ia memerlukan protin sebanyak 60 gram setiap hari. 1 gram protin mengandungi 4 kalori. Orang yang berat badan 60 kg tapi berkerja sebagai perkerja awam memerlukan protin lebih dari 60 gram sesuai dengan keperluan tenaga yang diperlukan.
APA KAITAN FAKTA NUTRISI PROTIN DALAM MAB?
Dalam Akta Pemakanan 1983, setiap produk perlu tunjuk fakta nutrisi meliputi tenaga, karbohidrat, protin dan lemak yang perlu dipamerkan pada label produk. Sebagai contoh fakta nutrisi MAB dalam stiap 100 gram mengandungi 5.8 gram @ 6 gram. Jadi jika berat badan wanita itu 60kg, jika ia mengambil sebijiMAB ia telah mendapat protin sebanyak 6 gram dari MAB. Jadi mereka memerlukan baki protin sebanyak 54 gram lagi protin dari sumber makanan lain seperti pada nasi, lauk-pauk, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
Cara terbaik untuk awet muda adalah dengan mengira sendiri jumlah nutrisi protin yang kita ambil dalam makanan kita. Jika cukup protin maka kita akan sentiasa awet muda kerana mati akan tumbuh balik dengan cepat dan mudah.
Bagi wanita yang ada ilmu tentang pemakanan, MAB adalah pilihan terbaik disamping merancang keluarga kerana MAB ada nutrisi. Cuba bandingkan dengan konsep moden, mana anda suka antara konsep yang ada nutrisi, bebas bahan kimia, bebas racun terkawal, bebas dadah terkawal, bebas logam berat dan bebas steroid dengan konsep yang tiada nutrisi dan memberi kesan sampingan?
Anda berhak mengikut pilihan masing-masing. Setiap wanita yang penting kesihatan dan kecantikan MAB terbaik.