Allah telah mengangkat madu sebagai ubat dan penawar penyakit kepada manusia. Dalilnya Allah wahyukan dalam Al -Quran dalam surah An-Nahl. Berkenaan habbatus sauda pula, Nabi saw memkhabarkan bahawa ia adalah ubat segala penyakit kecuali mati.
Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam madu dan habbatus sauda yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit?
Dalam habbatus sauda setakat ini terdapat 100 elemen yang telah ditemui oleh saintis. Bagaimana sebutir habbatus sauda yang sebesar pasir itu boleh terdapat 100 bahan aktif? Jika saintis mencipta ubat atau produk, mereka tidak mampu memasukkan 100 bahan aktif yang lengkap dengan mineral vitamin dan enzim seperti terdapat dalam madu dan habbatus sauda.
Apakah yang mampu dibuat oleh mineral, vitamin dan enzim tersebut? Banyak sebenarnya, ia menjadi makanan sel untuk memberi tenaga kepada sel meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap kuman dan virus. Sekali gus mencegah tubuh diserang penyakit.
Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk sistem kekebalan tubuh. Sel sumsum tulang dirangsang dengan mengeluarkan KILLER CELL yang akan memaksa sel asing atau virus dipaksa keluar dari badan. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR.
Dengan meningkat fungsi sistem kekebalan tubuh, habbatus sauda berperanan penting dalam pengekalan sistem imunisasi badan melawan virus dan bakteria.
Dibawah ini adalah 4 bahan aktif yang terdapat dalam habbatus sauda yang berfungsi melawan virus dan bakteria.
- stigmasterol – membersihkan racun dalam hati, anti radang, anti virus, mencegah kanser, menjaga kualiti ovum
- Tannin/Threonine – Anti tumor, anti bakteria, anti kanser, anti disentri,anti oksida, anti virus, anti bakteria
- Vitamin A/(Beta Carotene) – penting untuk pertumbuhan dan perbaikan jaringan tubuh, melembutkan kulit, memperkuat sistem kekebalan tubuh , mengurangi risiko kanser paru-paru.
- Copper/ D – lLmonene – Membantu pembentukan sel darah merah melalui perawatan sumsum tulang belakang, anti kanser payudara, anti tumor.
Ini hanya baru 4 sahaja hahan aktif dalam habbbatus sauda yang diterangkan fungsinya seperti di atas. Terdapat 94 lagi bahan aktif yang tidak diterangkan disini.
Benarlah kasih Allah kepada manusia menurunkan ubat untuk manusia tapi manusia moden hari ini ada yang memandang enteng malah ada pula yang menggelarkan sebagai sampah. Hari ini Allah mencabar manusia satu dunia tapi orang yang beriman tetap yakin menjadikan habbatus sauda dan madu sebagai makanan yang sihat dan membenteng diri dari diceroboh oleh virus dan bakteria.
Semua produk ZAIPERMAI adalah bertunjang habbatus sauda dan madu kerana keyakinan terhadap firman Allah dan sabdaan Nabi SAW. Jika tauhid kita kukuh kita hendaklah berikhtiar, berserah dan betawakkal kepada Allah sebagai sebaik-baik tempat berlindung dan bergantung.