Search
Close this search box.

JAWAPAN ISU VIRAL PQ COMMUNITY BERKENAAN PENGAMAL MAB MENDAPAT RADANG HATI

Kes terbaru yang viralkan oleh PQ COMMUNITY adalah berekanaan seorang pengamal MAB kononnya telah mengamal MAB selama 3 tahun telah mendapat masalah radang hati. PQ COMMUNITY telah menutup identiti pengadu yang diambil dari FB personal beliau. Orang yang dimaksudkan adalah akaun Shaz Aziz.

ZPR telah menghubungi beliau untuk mendapat maklumat dan juga menyiasat perkara tersebut. Beliau telah memaklumkan bahawa beliau mendapat stok dari Dealer sah ZPR yang dikenali sebagai Nor dari Kuantan. Nor adalah Sub Dealer Mazni. Mazni adalah Delaer DMS dari Terengganu. Dari segi fakta Dealer Sah, kenyataan pengadu adalah benar.

Komunikasi antara ZPR dengan pengadu adalah melalui FB juga. ZPR memohon supaya pengadu menunjukkan botol MAB yang ia makan. Beliau mendakwa telah mendapat stok dari Nor dan telah mengamal MAB selama 3 tahun kerana ada masalah period. Menurut gambar yang tunjukkan pengadu adalah botol lama stiker mengandungi tuntutan kesihatan dan bawah botol bercop ZAI PERMAI MAB. Untuk makluman, pihak ZPR telah menghentikan stiker lama ini yang mengandungi tuntutan kesihatan sejak Ogos 2016 lagi.

Dalam hal ini timbul kekeliruan, adakah pengadu memakan MAB FAKE? Jika FAKE tidak tepat kerana botol bercop. Jadi adakah pengadu memakan MAB yang dah expired? Bererti pengadu membeli stok selama 3 tahun, stok sebelum Ogos 2016 lagi?  Tidak logik?

Agak pelik dan terdapat banyak kekeliruan dan kecelaruan. Di sini sudah boleh dilhat apa motif dan niat pengadu? Dibawah ini adalah gambar botol MAB yang ditunjukkan oleh pengadu.

ZPR sudah menghentikan MAB stiker lama. tuntutan kesihatan sejak Ogos 2016 lagi. Setelah 3 tahun MAB jenis ini masih ada di pasaran tidak logik kerana sebelum ZPR menukar skiter baru,  semua Dealer telah maklumkan terlebih dahulu untuk menghabiskan MAB stiker lama. Setelah habis MAB stiker lama baru MAB stiker baru diedarkan. Di sini ada kekeliruan pengadu?

Untuk mendapat kepastian kekliruan ini ZPR menghubungi Dealer Mazni untuk mempastikan adakah beliau masih ada stok MAB stiker lama? Di sini sudah nampak seperti tembelang mula pecah kerana Dealer Mazni adalah otai MAB. Beliau mengambil stokb MAB  dari DMS dengan stiker baru sejak Ogos 2016. HQ kenal rapat dengan beliau. Beliau adalah seorang yang sangat patuh dengan arahan HQ.

ZPR selepas itu terus membuat siasatan dengan menghubungi Sub Dealer Nor di Kuantan. Sekali lagi tembelang pengadu pecah kerana antara pengadu dengan Sub Dealer Nor, mereka ada masalah peribadi Ini dikhabarkan sendiri oleh Sub Dealer Nor. Mereka dahulunya adalah rakan kongsi bisnes. Berlaku konflik antara mereka sehingga berpecah. Mungkin pengadu ada agenda di sebalik ini dan masa yang sesuai mengguna platform PQ COMMUNITY yang selalu memviral isu tanpa fakta berkenaan MAB. Semua usahawan kenal dengan PQ COMMUNITY ini sangat anti dengan produk ushawan. Mereka tetap viral walau maklumat itu tidak sahih dan tiada fakta sekali pun seperti kes sakit buat pinggang dahulunya. ZPR percaya dendam mereka tidak habis di sini.

Selain itu, pengadu juga ada mengambil produk lain iaitu Women Love dan Vitamin Dianz. Ini produk untuk kesuburan. ZPR telah menekan bahawa MAB tidak boleh dicampur dengan produk lain kerana campuran lain-lain mungkin belaku perubahan tindak balas kimia yang kita tidak tahu. Semua Dealer ZPR telah dieducate untuk memilih samada bersama MAB atau tinggal MAB untuk ambil produk lain. Selain itu pengadu juga ada ambil vitamin Dianz. Semua ini akan memberi kesan akibat campuran berbagai.

Produk Women Love yang diambil oleh pengadu

 

Pengadu juga ada mengambil Vitamin Dianz. Walau pun sudah lama berhenti tapi kesan dalam badan tetap mengambil masa untuk ia detox. Faktor ini boleh berlaku tindak balas kimia bercampur dengan herba MAB yang diambil.

 

Selain itu pengadu masih blur tentang aturan makan MAB. Mustahil Dealer Mazni yang mahir dibawah DMS tidak menjelaskan aturan makan dengan betul. Pengadu memaklumkam bahawa MAB dimakan pada sela masa 12 jam. Ini adalah salah kerana sela masa makan MAB adalah 24 jam untuk MAB up temperature dalam rahim selama 24jam bagi memprotek ovum dan sperm supaya tidak aktif. Jika sela masa 12 jam bererti sehari ambil 2 biji. Ini memang akan membawa mudharat pada organ dalaman. Disini nampak tembelang pecah lagi. Aadakah pengadu benar-benar makan MAB atau sekadar cuba menangguk di air keruh bersama PQ COMMUNITY.

Aturan makan MAB menunjukkan pengadu sendiri blur tentang ilmu MAB.Macammana makan 3 tahun, aturan makan pun  blur?

 

Kepada pihak PQ COMMUNITY jika ingin tampil menjadi pembela pengguna produk eloklah berdaftar dengan ROS, Pendaftar Pertubuhan. Di Malaysia ini tidak boleh syok sendiri dengan title doktor atau ahli farmasi. Jika tidak daftar dengan ROS cukuplah sekadar educate pesakit anda.

Contoh profesional pembela pengguna seperti Datuk Nazim Johan, founder PPIM pembela mangsa Ah Long dan pembela usahawan muslim. Contoh lain lagi seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Semua mereka ini pertubuhan yang legal kerana berdaftar dengan ROS. Mereka mempunyai founder yang berani dan isu yang mereka bawa mereka ada hak bercakap kerana dibenarkan dalam Akta Pertubuhan.

Anda hanya layak educate pesakit anda sahaja. Begitu juga pegawai ATM, skop tugas setakat boleh educate kaki tangan ATM dalam bidang anda. Jika ingin memantau usahawan mohon dengan Ketua Jabatan untuk tukar Skim ATM kepada Skim Farmasi untuk menjadi penguatkuasa NPRA. NPRA saja ada hak terhadp produk ushawan. Jika sekadar mencari like di FB untuk mendapat anugerah kaki tangan awam aktif di media sosial sekadar skop bidang tugas anda dalam ketenteraan disudut medical.

Selagi tidak berdaftar dengan ROS selagi itulah usahawan tak akan hormat dengan anda. Maklumat yang anda viral umpama Pak Pandir yang berangan nak kaya. Anda mungkin anti kepada rakan anda yang mencipta produk dan mereka lebih kaya dari anda, maka anda hanya mampu melahirkan PHD saja. Jika ingin menuduh rakan anda tidak beretika, adakah beretika seorang pegawai ATM dari skop tugas bidang ketenteraan hendak memantau usahawan yang berada diluar bidang ketenteraan? Tidakkah itu melanggar KOD ETIKA sebagai pegawai ATM?

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *