FB PQ COMMUNITY kiranya telah lama membuat fitnah terhadap usahawan bumiputra di Malaysia. Jika kita scrol FB mereka banyak owner produk yang kena serang.Ciri-ciri mereka ini adalah ibarat si pengecut yang hanya berani berkokok di belakang dinding dengan menyorok siapa diri mereka. Terdapat banyak followers menyuruh mereka menyatakan identiti mereka siapa? Dengan sikap pengecut masih tetap menyembunyikan diri. Apa yang mereka mampu buat adalah menjadi Keyboard Warrior penembak curi menyorok disebalik dinding.
Anda sebagai pelayar FB boleh menilai sendiri apakah mereka ini dipihak benar. Bergantung kepada persepsi anda sendiri menilai mereka. Ayat yang dilontarkan tidak mencerminkan sebagai profesional. Begitulah cara mereka menyerang produk orang. Mengemukakan tudahan dengan mengguna cara yang tidak sepatutnya. Itulah cara mereka melakukan provokasi terhadap MAB Walau bagaimana pun mereka tetap mempunyai pengikut walau bukti yang tidak legal sekali pun ditunjukkan. Hendak menunjukkan identiti pun tidak berani apatah lagi mengemukan lapuran perubatan sebagai bukti?
Para doktor dari hospital pasti akan geleng kepala. Siapakah yang akan bertanggungjawah dengan borang hospital kerajaan diviralkan dalam media sosial oleh PQ COMMUNIY? Jika didakwa akan mengheret banyak pihak. Keadaan ini sudah tentu mengganggu periuk nasi doktor yang merawat dan Pengarah Hospital berkenaan. Menampakkan ketidak profesional dalam bidang perubatan. itulah kesan PHD sanggup melalukan apa saja asal mencapat matlamat.
MAB bukan setakat 13 tahun tapi sebelum wujud di alam internet, ia sudah 30 puluh tahun di makan oleh kaum hawa. Antara tradisional dengan moden siapa yang datang dulu? Apa yang dilakukan oleh ZPR ini adalah untuk mengekalkan warisan orang terdahulu agar terpelihara khazanah yang bermanfaat. ZPR tidak memaksa pengguna lain mengkonsume MAB. ZPR hanya membuat markerting agar orang tahu MAB. ZPR hanya memperkenalkan konsep alternatif. Jika kita tidak suka bayar di jalan Hihgway sila pilih jalan lama. Ilmu perubatan ada berbagai cabang. Ada moden, tradisional, homoephaty dan lain. Hormatilah bidang orang lain jika orang lain hendak hormat bidang kita. Bidang kita tak semestinya tepat kerana ia hanya mengikut konsep logik kajian sains akal manusia. Bidang orang lain juga tak semua tepat. Hormat menghormatilah dalam berbeza pendapat. Terpulang kepada siapa jika yakin dengan alternatif pilihan ditangan anda sendiri.
PQ COMMUNITY bercakap pasal agama konsep ROWAIBIDHOHIDAH tetapi orang yang bercakap itu sendiri tiada identiti, jadi macam mana pengikut hendak menilai?? Islam tak ajar menjadi pengecut. mati berhadapan lebih mulia dari jadi hero tikam dari belakang.
ZPR walau pendaftaran KKM belum selesai berani menyatakan identiti dengan nama, alamat, nombor telefon yang jelas. Pihak PQ COMMUNITY boleh mengemukan lapuran secara rasmi terhadap viral yang mereka lakukan untuk bersemuka secara legal dengan ZPR.
Sepajang 13 tahun, pengguna MAB secara jujur memberi testimoni tanpa bayar dan paksaan. Mereka lebih profesional dari kumpulan yang mengaku pengamal perubatan profesional tapi tidak berani menyatakan identiti sangat tidak pro. Angkara mereka memalit lumpur bidang profesional kedoktoran. Nilai sendiri dari hati pengguna MAB yang dah lama. Walau pun testimoni bukanlah instrument yang diguna pakai dalam perubatan moden tapi mennguna borang hospital tanpa kebenaran Ketua Jabatan Kerajaan dan menerima pakai maklumat viral WhatsApp merupakan instrument yang langsung tak boleh pakai.