Kajian-kajian berkenaan habbatus sauda selalunya tidak didendangkan kerana ia adalah perubatan Timur yang telah didiskriminasi oleh Barat. Ini kerana kesan pelumbaan tamadun Timur dan Barat yang mana era sekarang Timur berada zaman kejatuhan.
Habbatussauda terbukti dapat meningkat sistem imun dengan cara meningkatkan jumlah se-sel T. Efektifnya habbatus sauda adalah sehingga 72% jika dibandingkan dengan mengguna plasebo iaitu hanya 7 % sahaja. Plesebo adalah ubat penenang biasa diberi kepada pesakit parkingson dan pesakit kemurungan.
Kajian ilmiah dan saintifik terhadap peranan habbatus sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi tubuh telah dilakukan oleh Dr Basil Ali dari Collge of Medicine di Universitas King Faisal, Arab Saudi pada tahun 1993.
Kajian ini dilakukan dengan membuat perbandingan sel T. Sel T terbahagi dua jenis iaitu sel T Pembantu dan sel T Penekan. Sel T Pembantu berfungsi sebagai membaik pulih sel rosak manakala sel T Penekan pula sel yang menekan sel-sel baik menjadi rosak. Kajian dilakukan terhadap penderita kelemahan sistem imun badan.
Hasil kajian setelah pesakit mengambil habbatus sauda telah menunjukan keputusan jumlah sel T Pembantu meningkat dengan banyak sedangkan jumlah sel T Penekan berkurang. Ini membuktikan hababatus sauda meningkat sel T Pembantu yang menolong menaikan sistem imun kerana ia menang terhadap sel T Penekan.
Kajian ini telah disiarkan dalam Jurnal Pharmasetik Saudi, Arab Saudi. Kajian tersebut diakui oleh Profesor G Reimuller, Pengarah Institut Immonologi dari Universitas Munich, Jerman.
Kajian lain yang dilakukan oleh saintis di pusat Cancer and Immuno-Biological Laboratory of German. Kajian telah membuktikan habbatus sauda berupaya meransang ‘bone marrow‘ dan sel-sel immuniti, meningkatkan produksi ‘interferon’ dan mempertahankan sel-sel tubuh terhadap kerusakan sel oleh virus. Habbatus sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan “B cells”.
Juga kajian oleh Dr. Ahmad El-Qadi, Islamabad, Pakistan dan Dr. Usama Qandil, Florida, USA mendapati pengambilan 1 gram Habbatussauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi kekebalan tubuh. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai bahan peningkatan immuniti tubuh untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkenaan kekurangan kekebalan tubuh yang lain.
Ada hikmah Allah memberi suatu musibah kepada manusia. Disaat manusia terpinga-pinga, mereka lupa bahawa semua itu telah pun dikhabarkan oleh Nabi Saw 1400 tahun lalu, setiap penyakit ada ubat kecuali tua dan mati.