Search
Close this search box.

TIPS MARKERTING UNTUK MELONJAKKAN SALE

Usahawan yang mempunyai produk bagus tetapi  kenapa masih gagal membuat sale yang memberangsangkan?  Ia melibatkan proses marketing. Proses marketing memerlukan fasa-fasa tertentu untuk produk atau branding mencipta nama. Fasa ini memerlukan masa yang panjang dan berterusan. Tiada jalan pintas untuk naik cepat melainkan semua usahawan kena melalui fasa-fasa ini. Ada 3 fasa yang mereka kena lalui.

# FASA1- BUAT ORANG KENAL PRODUK KITA

Langkah pertama yang paling penting adalah membuat orang sekeliling kenal dulu produk kita. Kita perlu memperkenalkan khasiat dan kebaikkan produk. Apa yang produk boleh menyelesaikan masalah? Jika mereka mula mencuba dan masalah mereka dapat diselesaikan. dari situ mereka akan mula memviral kepada orang lain. Dengan cara itu produk kita mula dikenali.

# FASA 2- BUAT ORANG INGAT PRODUK KITA

Manusia sinonim dengan sifat mudah lupa. Jika tidak ada orang mengingatkan, orang akan pelan-pelan lupa. Setelah orang sudah kenal produk kita, proses seterusnya kita kena buat orang ingat pula produk kita. Cara untuk orang ingat produk kita adalah dengan memainkan imej produk. Semakin kerap kita mainkan imej, semakin orang tidak lupa produk kita.

Untuk bagi orang ingat adalah dengan memasukkan imej dalam memori otak. Sifat otak manusia adalah mudah merakam imej yang dilihat. Semakin kerap lihat semakin kuat memori produk dalam otak. Pada masa sekarang adalah mudah dengan membuat markerting posting imej produk dalam media sosial. Kosnya percuma atsu tanpa kos. Apa-apa artikel yang kita tulis jangan lupa masukkan imej produk. keraplah buat posting dalam media sosial.

Pada masa dahulu kos marketing sangat tinggi, hanya ada media berbayar seperti tv , radio dan billboard. Zaman sekarang marketing ibarat tanpa kos. Usahawan boleh membina dari zero dengan zero kos marketing melalui media sosial. Amat rugai usahawan yang tidak menukar arah dari media berbayar kepada media percuma di media sosial sekarang. Ini kerana setiap manusia zaman sekarang mempunyai akaun sendiri di media sosial. Gunalah media sosial untuk kebaikan bukan jalan tidak baik. Pada masa hadapan media berbayar dijangka merosot dan mereka terpaksa mencari alternatif lain.

# FASA 3 – BUAT EMOSI PELANGGAN JADI SUKA/POSITIF

Bila kita suka atau jatuh cinta pada seseorang, untuk menawan hati  sidia kita akan buat sesuatu supaya kita dapat dapat menawan hatinya. Begitu juga produk , untuk menarik pembeli kita kena buat emosi pelanggan jadi gembira atau positif. Bila mereka suka produk kita, baru mereka akan beli.

Suka orang melibatkan emosi. Buat emosi pelanggan jadi gembira. Emosi gembira atau positif membuat pelanggan membeli dengan banyak. Produk tidak laku jika kita membuat emosi pelanggan jadi negatif. Kajian menunjukkan growth sale berkait rapat dengan emosi kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *