Search
Close this search box.

WARGA PERANCIS MENGHASILKAN PRODUK MANJAKANI VS WARGA MALAYSIA KONDEM HERBA DI BUMI SENDIRI


Alia Michele Elkine – warga Perancis

Herba-herba ini cukup sinonim dengan produk kesihatan seperti jamu untuk kecantikan, perubatan tradisional serta kelengkapan penjagaan diri selepas bersalin.

Kebaikan dan kelebihan herba Melayu ini turut menarik seorang wanita Perancis, Alia Michele Elkine, yang merupakan pencinta tumbuhan herba lebih-lebih lagi untuk kegunaan perubatan alternatif. Dia yang datang ke Malaysia pada tahun 1998, sangat tertarik dengan kepelbagaian herba di negara ini yang dilihat hampir kesemuanya mempunyai manfaat semula jadi kepada kesihatan luaran dan dalaman manusia.

Sebagai orang luar, dia menganggap manfaat tumbuhan herba di negara tiada tandingan dan mampu mengubati 1001 penyakit.

Saya bermula dengan kajian terhadap perubatan alternatif melalui penyelidikan herba seperti lada hitam, kulit kayu manis dan daun rosemary yang diambil dari dapur rumah. Apabila saya sampai ke negara ini, saya diperkenalkan pula dengan kunyit, bunga cengkih, biji jintan manis, asam jawa dan manjakani. Hari ini, rempah-ratus dari dapur saya adalah sebahagian daripada kit pertolongan cemas saya,” katanya yang hadir ke Utusan Malaysia 2014.

“Saya juga mengetahui ia juga mampu memulihkan keanjalan kulit yang akhirnya mengurangkan kesan regangan, melembutkan kulit dan sesuai dijadikan sebagai ubat anti jerawat,

“Malaysia sangat kaya dengan buah-buahan, ulam-ulaman, dan tumbuh-tumbuhan herba, tetapi kenapa ramai penduduknya yang tidak sihat? Kenapa kita tidak memanfaatkan khasiat bahan-bahan semula jadi tersebut?,” tegasnya.

Mengambil keputusan untuk menetap terus di Malaysia, dia yang fasih berbahasa Melayu, juga bertuah kerana tinggal bersama keluarga angkat yang mempunyai susur galur keturunan sangat mementingkan penjagaan kesihatan diri secara tradisional.

Diperkenalkan dengan tumbuhan manjakani pada lewat tahun 2000 selepas melahirkan anak bongsunya, kata Alia, herba ini digunakan secara meluas sebagai rawatan alternatif untuk menghentikan pendarahan dalaman dan mengetatkan kembali dinding faraj.

Menyedari pentingnya penjagaan kesihatan melalui pengambilan herba tradisional, Alia mengambil keputusan membuat penyelidikan serius terhadap manjakani kerana mahu menggunakan seluruh manfaat yang ada pada herba tersebut. Hasil kajian beliau telah menerbitkan produk herba manjakani yang dinamakan Infinitree.

MORAL STORY

Kita orang Malaysia tidak seperti mereka  Jika ada usahawan ingin memartabatkan herba di negara sendiri mereka kecam habis-habisan. Tidak ada sifat membina malah mengambil sikap meruntuhkan apa yang sedang dibina. Akhirnya apa yang berlaku khazanah dibumi sendiri dijajah lagi. Sikap Si-Kitol menolong Portugis tetap akan wujud sejak tahun 1511lagi hinggalah kiamat di bumi Malaysia. Ketepikan golongan seperti Si-kitol ini jika ingin berjaya. Bagi Si Kitol, asal bansa sendiri biar susah dan miskin tidak mengapa. tetapi kaum rambut perang bermata biru tetap tetap akal betul dan tetap dijulang. Inilah sikap Si-Kitol pembelot bangsa.

 

Infinitree produk berasaskan herba manjakani-dihasil oleh warga Perancis yang datang ke Malaysia

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *