Jalan – jalan cuti kali ini memilih Singapura sempena cuti Chinese New Year 2019. Perjalanan dari rumah Kuala Lumpur pada Isnin, 4 Februari 2019 (CNY 5 februari). Masa 4 pagi ini sesuai bergerak kerana jalan tidak jem. Jangkaan tepat kerana lebuh raya PLUS ke selatan sudah lengang. Dalam 3 jam sudah boleh sampai ke JB. Bersarapan di JB dan terus masuk ke Imigresyen Tambak Johor. Memang lengang dan dalam 20 minit boleh selesai urusan kastam dan imigresyen. Singapura juga lengang kerana rakyatnya keluar bercuti CNY di luar negara. Memang santai jika datang waktu cuti CNY.
Perjalanan di Highway pun lengang dan tidak banyak kenderaan. Highway di Singapura juga tidak mengguna sistem pondok tol tapi mengguna sistem tol ERP. Kereta boleh jalan tanpa sekatan pondok tol. Bayaran tol akan ditolak dari Auto Pass yang wajib di beli bila masuk ke Singapura.
Terus menuju ke hotel untuk check ini, mandi berehat menghilang kepenatan perjalanan. Tengaharinya meneruskan meneroka bumi indah Singapura.
Banyak lagi tempat-tempat menarik yang tak sempat dikunjungi dalam tempoh 4 hari bercuti, 7 Februari petang maka habislah masa bercuti dan petangnya pulang keluarlah bumi Singapura. Insya Allah semoga diberi rezeki dan kelapangan untuk melihat bumi Allah yang maha luas ini demi mengagong kebesaran-Nya.