Search
Close this search box.

AYAM ORGANIK HALAL MART ZAIPERMAI

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik (halalan toyyiba) dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu” (Surah al-Baqarah, 2:168).

DALIL AL-QURAN TUNTUTAN MAKANAN HALAL

Terdapat banyak dalil yang menyebut berkaitan dengan tuntutan makanan halal iaitu;

“Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah” (Surah al-Baqarah, 2:172).

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya” (Surah al-Maidah, 5:87-88).

DALIL HADIS NABI SAW TUNTUTAN MAKANAN HALAL

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hak anak ke atas bapa ialah bapa itu hendaklah memberi nama yang elok, mengasuhnya dengan budi pekerti yang baik, mengajarnya menulis, berenang dan memanah. Janganlah berikan kepadanya rezeki selain yang baik (halal) dan hendaklah mengahwinkannya apabila telah layak berkahwin” (Hadith Riwayat Hakim).

KENAPA PENTINGNYA MENDAPAT MAKANAN HALAL?

1.Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ; “Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan pemohonannya?” (Hadith Riwayat Muslim, Ahmad & Tirmizi).

2. Selamat Daripada Seksaan Api Neraka

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya” (Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

3. Amal Ibadat Diterima Oleh Allah SWT 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Barangsiapa yang bersembahyang dengan mengenakan pakaian yang dibeli dengan sepuluh dirham dan satu dirham daripadanya dari sumber yang haram, Allah tidak akan menerima solatnya”. Rasulullah SAW bersabda : “Allah itu suci dan Dia tidak akan menerima melainkan yang suci juga”(Hadith Riwayat Muslim).

4.Membentuk Darah Daging Yang Baik

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati”(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim).

Tugas kita ialah memilih makanan yang terbaik dan memberi kesan terpantas terhadap minda. Makanan terbaik ialah makanan yang halal lagi bersih (Halal & Thoyyib), seimbang da n berzat.

Az-Zain/Ayam daging seekor RM17.50
Az-Zain/Ayam kampung seekor RM20.50
MABROOK/Ayam seekor RM17.50
BISMI/Ayam daging seekor RM17.50
AYAM SUFI/Ayam daging seekor RM18.50
Dr.Zainol/Ayam daging seekor RM 17.50
DR.ZAINOL/AYAM KAMPUNG ORGANIK RM20.50
Dr.Zainol/Paha atas RM11.70
Dr.Zainol/Paha penuh RM12.30
DR.ZAINOL/DADA AYAM RM14
DR.ZAINOL/KEPAK AYAM RM15.30
DR.ZAINOL/PAHA AYAM 900G RM15.30
DR.ZAINOL/ISI DADA BONELESS 900G RM16.20
LADANGKU/AYAM 1 EKOR(POTONG 12)(1.0-1.2 KG) RM17.90
LADANGKU/AYAM 1 EKOR (POTONG 14)(1.2-1.4KG) RM20.90
LADANGKU/DRUMSTIK 700G RM16
LADANGKU/ISI DADA 700G RM13
LADANGKU/THIGH 700G RM9.50
LADANGKU/WINGS 700G RM16
LADANGKU/AYAM KAMPUNG BEBAS SIZE S 770-850G RM18
AMINAH/AYAM DAGING 1 EKOR POTONG 8 1.1KG RM17.50
DELIMA/AYAM ORGANIK 1.45KG RM22.50
DELIMA/AYAM ORGANIK 800GRAM RM12.50
Di atas adalah ayam organik yang boleh di dapati di ZAIPERMAI HALAL MART. Boleh dapatkan  stok di alamat berikut;

ZAIPERMAI HALAL MART 
D-G-02, RESIDENSI BISTARIA
TAMAN UKAY BISTARI
AMPANG SELANGOR

WAKTU OPERASI 
ISNIN - JUMAAT : 9.00 PAGI - 6.00 PETEANG
SABTU : 10.00 PAGI - 5.00 PETANG
AHAD : TUTUP

DELIVERY HANYA SEKITAR RADIUS 10KM SAHAJA DARI ZAIPERMAI HALAL MART (LEMBAH KELANG SAHAJA)

PESANAN WHATSAPP KE 013 4314740

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *