Search
Close this search box.

KENAPA ZPR TIDAK MENJUAL PRODUKNYA KEPADA PEMBORONG PRODUK KESIHTAN

SISTEM KEPERCAYAAN DALAM BISNES ZPR

Sebagai seorang usahawan yang memandang jauh kehadapan harga produk adalah masalah utama yang harus dijaga. Hayat sesuatu produk adalah bergantung kepada harga yang selaras walau dimana ia berada.

Nilai manusia terletak kepada integriti dalam diri mereka. Integriti yang tinggi akan meletakkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi seseorang itu. Orang seperti ini ada nilai jaminan jika hendak membuat networking dalam bisnes.

NILAI KEPERCAYAAN PRODUK ZPR

Nilai pada suatu produk pula terletak pada harga yang selaras. Ia sama seperti nilai kepercayaan pada nilai wang kertas hari ini. Wang kertas adalah hanya sekeping kertas. Ia bernilai kerana adanya nilai kepercayaan pada wang kertas tersebut. Bagi negara yang korupsi nilai kepercayaan menjadi rendah. Nilai matawang mereka menjadi tidak menentu. Nilai mata wang negara tersebut akan merudum dan orang tidak lagi mahu memegang wang tersebut. Wang kertas tersebut mungkin tidak ada nilai pada masa hadapan jika korupsi terus meningkat.

Begitu juga produk, ia terletak kepercayaan pada harga selaras.Jika harga boleh dimonipulasi, maka suatu hari nanti ia menjadi tidak bernilai lagi. Orang pun tidak mahu menjalankan bisnes produk tersebut kerana nilainya tidak kekal. Orang boleh menjual harga rendah. Kemudian ada orang lain hendak melepaskan pegangan produk tersebut menjual lebih rendah lagi. Akhirnya sampai satu tahap harga produk akan sampai tahap lantai. Pada masa itu produk itu tidak boleh dijual lagi. Pada masa itu produk tersebut dikatakan mati luput hayat dan berkubur di situ.

HARGA PRODUK AKAN JATUH KE TAHAP LANTAI JIKA TIDAK  DIKAWAL

Inilah kesan dari bermain harga produk. Usahawan yang tidak berwawasan akan terjerumus dengan masalah ini jika mereka hanya pandai membuat marketing hebat tetapi mereka tidak keluar mencari jaringan network dealer mereka sendiri. Kebanyakkan mereka hanya bergantung kepada Pemborong Produk Kesihatan. Mereka hanya membuat marketing melalui media perdana dengan kos yang sangat tinggi.

Apabila produk meletop, mereka akan melepaskan produk kepada Pemborong Produk Kesihatan. Pemborong akan memberi secara pukal produk mereka dan menguasai harga di pasaran. Pada masa itu mereka menjadi usahawan kaya kilat. Tetapi mereka tidak nampak masa hadapan mereka akan lenyap.  Pemborong akan bermain harga hingga harga produk akan sampa ke lantai dan produk mereka akhirnya akan mati dan tiada permintaan lagi. Untuk survive lagi mereka mencipta produk baru. Masalah yang sama juga akan mereka hadapi, produk akan mati juga. Akhirnya mereka menjadi letih dan mula berundur dari dunia keusahawanan dan mencari bidang baru.

ZPR MEMBINA PERLEMBANGAAN BISNES SENDIRI

Sebagai usahawan wang ingin membina legasi sendiri supaya mereka terus wujud dan tak mati ditelan zaman dan boleh mewarisi bisnes mereka kepada anak cucu, mereka wajiblah bersusah payah memerah otak merangka perlembagaan sendiri yang wajib dipatuhi oleh organisasi dan waris mereka. Apa-apa perubahan tidak mudah diubah dan perlu mendapat suara majoriti.

ZPR MEMBINA SISTEM DEALER SENDIRI TANPA BERGANTUNG KEPADA PEMBORONG

ZPR telah bersusah payah hampir 12 tahun membina markerting sendiri dan turun padang mencari networking dealer tanpa bergantung kepada Pemborong. Dengan cara ini bisnes ZPR terus akan dapat survive walau dalam apa situasi ekonomi. pemborong hanya mengambil laba apabila MAB meletop tetapi mereka bukanlah orang pertama yang menggali permata. Apabila nampak permata bersinar merekalah yang menerkam dan sanggup memijak tenggelam penggali yang mula-mula bermain lumpur. inilah sikap mereka yang hipokrit.

KONSEP PROMOSI BRANDING DENGAN PRODUK YANG SAMA

inilah konsep yang dipraktik oleh jenama terkenal seperi KFC, Mc Donald, AMWAY, COSWAY. Mereka terus kukuh dengan hanya produk yang sama setiap tahun. Mereka terus survive sejak dulu. Kegawatan ekonomi tidak memberi kesan kepada mereka. Ini kerana mereka mengawal harga selaras dan melantik delaer yang hanya boleh taat pada perlembagaan yang mereka cipta.

Ini konsep bisnes ZPR, hanya bisnes MAB, HSPM setiap tahun tapi boleh survive walau dalam kegawatan ekonomi kerana ZPR memerah otak sendiri mencipta Perlembagaan sendiri. Hanya delar yang taat sahaja boleh berada dalam team ZPR. Inilah punca kenapa ZPR tidak menjual produk kepada Pemborong Produk Kesihatan.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *