Search
Close this search box.

ISU MAB YANG DIVIRALKAN OLEH FB PQ COMMUNITY

Pada masa kini sedang viral dari FB PQ COMMUNITY kononnya ada pesakit mengidap sakit buah pinggang akibat mengambil MAB. Isu ini sudah lama tapi sengaja diviralkan oleh kommuniti ini bagi sedaya upaya menjatuhkan MAB.

Kenyataan mereka tidak mempunyai asas dari lapuran perubatan. Mereka hanya mengguna borang biasa amalan perubatan dalam wad.. Borang tersebut adalah prosedur rutin biasa rawatan dalam wad juga salah satu makanisma untuk mendiagnos pesakit.

Nama pesakit, nama pegawai perubatan dan hospital dalam borang tersebut telah dipadam.  Beratanggungjawablah PQ COMMUNITY jika ingin membuat kenyataan suatu produk,. Tunjukkanlah nama pesakit, doktor yang merawat, dari mana hospital yang membuat kenyataan itu supaya pihak ZPR dapat menghubungi untuk mengesahkan statement dari FB PQ COMMUNITY ini benar atau fitnah.

Jika mereka tidak berani menunjukkan fakta ini bermaksud fitnah dan rekaan untuk menjatuhkan produk MAB. Borang ini mungkin diambil dalam tong sampah dan direka sendiri. Terbukti dengan kesan liquick paper yang dipadam. Jika benar kenapa tidak berani mengemuka fakta?

Borang yang ditunjukkan adalah untuk mendiagnos pesakit. ia bukan lapuran rasmi penyakit pesakit. Dalam diagnos pesakit darah dan air kencing akan diambil untuk diuji oleh doktor. Doktor juga akan bertanya history pemakanan pesakit yang ada kaitan dengan penyakit dan akan direkod dalam borang tersebut. Dalam borang tersebut doktor ada menulis taking MAB. Ia direkod berdasarkan apa yang pesakit beritahu. Ini bukan menunjukkan punca MAB tetapi salah satu kretiria mendiagnos pemakanan pesakit. Orang awam yang tidak faham prosedur dalam wad dan bukan dalam bidang kedoktoran, akan terpengaruh kenyataan tidak berasas seperti yang dibuat oleh PQ COMMUNITY ini.

Proses untuk menentukan kerosakkan buah pinggang oleh suatu produk kena melalui ujian klinikal yang berlaiinan pula dan proses agak panjang dan memerlukan kos tinggi untuk dibiayai oleh pelapur. Ia melibatkan jabatan forensik. Sampel akan dihantar ke makmal kimia untuk dianalisis. Lapuran rasmi klinikal akan dikeluarkan. Kenyataan rasmi yang dibuat adalah melalui ahli panel doktor yang dipilih setelah bermesyuarat. Akhirnya lapuran perubatan akan ditandatangani oleh pengarah Jabatan. Tidak semudah seperti kenyataan yang dibuat oleh PQ CUMMIITY ITU. Standart yang ditunjukkan oleh PQ COMMUNITY adalah standart cap ayam yang memakan diri apabila dibawa untuk pengadilan.

ZPR walau pun mengemukakan sijil-sijil ujian steroid, merkuri dan analisis racun dan dadah dari institusi yang berwajib, pihak ini tetap akan mencari jalan untuk manjatuhkan MAB. Berbeza dengan ZPR lebih profesional mengemukan sijil yang tidak diedit, mempunyai Letter Head rasmi jabatan berkenaan yang ada identiti dan authority, ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab. Berbeza pula dengan pihak PQ CUMMUNITY ini mengemukan borang biasa yang dipadam nama pesakit, pegawai perubatan dan hospital yang bertanggungjawb, PQ COMMUNITY ini tiada identiti profile di pade FB mereka. Mereka pula konon mewakil pihak hospital bahawa pesakit tersebut sakit buah pinggang kerana ambil MAB tetapi tidak dapat membuktikan melalui lapuran klinikal dari hospital seolah-olah memburukan hospital kerajaan mengeluar kenyataan tidak benar hanya bertaraf lapuran kedai kopi. Jka benar kemukakan lapuran klinikal tersebut..

Ini menunjukkan bahawa pihak PQ COMUNITY  tidak bertanggungjawab dan berniat memburukkan MAB semata-mata. FB page mereka tidak berani menyatakan identiti siapa mereka? Mereka hanya berlagak seperti Keyboard Warrior sembang kencang di alam maya.

Pihak ZPR memandang serius kes ini pihak ZPR sudah mendaftarkan MAB dengan KKM.ZPR terpaksa menunggu masa yang lama keran megikut prosedur yang tetapkan oleh NPRA. Pihak PQ Cumminty bukanlah dari Commitee Biro Farmasi Kebangsaan (NPRA) tapi mereka mungkin dari profesional doktor perubatan. Yang sedihnya cara mereka menyerang usahawan Bumiputra sangat tidak profesinal. Menjadi usahawan tidak salah kerana ia adalah dasar negara yang dirangka oleh kerajaan Malaysia. Jadilah seperti lebah mencari manisan madu membantu usahawan. Jangan jadi seperti lalat yang hanya mencari busuk sahaja. Pulangan KDNK  untuk negara juga. Faedahnya juga untuk negara juga.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *