Search
Close this search box.

BILIONAIR MELAYU LOW PROFILE – TAN SRI SYED AZMAN SYED IBRAHIM

Seorang yang berperwatakan Low Profile, anak jati Sungai Petani, Kedah Bermula dengan kerjaya sebagai seorang pegawai tentera ATM Bahagian Perisikan.  Berkhidmat selama 13 tahun dalam ATM. Mencapai pangkat tertinggi sebagai Mejar.

Pada tahun 1993, berhenti dari ATM dan memulakan perniagaan kereta terpakai. Dalam bisnes kereta terpakai kemudiannya beliau berulang-alik ke London ke Kuala lumpur untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia. Masa tu beliau tidak memiliki AP namun berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut. Lama-kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin maju..

Beliau menubuhkan syarikat Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS). Terus cemerlang selepas itu, berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta jenama Honda di Malaysia antaranya Honda Jazz  Terus berkembang kemudiannya Syed Azman mendapat hak untuk mengedar pula Chevrolet dan Suzuki.

                                  WESTSTAR HULU KELANG

Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk mengisikan masa yang terbuang di jalan raya. Dengan itu pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Apabila Helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan kepada mereka yang berminat. Ketika itulah beliau tersedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

                    Helikopter peribadi Tan Sri Syed Azman

Hasil pemikiran diluar kotak, 5 tahun selepas itu beliau berjaya mendapatkan kontrak dari kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar. Pada hari ini, pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Beliau teruskan kembangkan sayap bisnes dalam peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan dan lain-lain. Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman dengan pendiriannya Low Profile dan enggan menyatakan jumlah asenya seperti orang kaya lain di Malaysia.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *