MAB terbahagi kepada 2 jenis iaitu klasik dan tablet. MAB Tablet dihasil dengan kaedah extract. Ramai kurang faham apa itu teknologi extact?
Memahami konsep extract paling senang adalah seperti perahan santan. Kelapa akan diparut menjadi halus kemudian diperah untuk dikeluarkan santan cecair. Selesai perahan , santan tidak lagi digunakan dan di buang. Hasil santan cecair itu akan melalui proses pengeringan untuk menjadi dalam bentuk serbuk. Serbuk itulah yang akan digunakan menjadikan tablet.
Begitu jugalah bagaimana proses herba diextract. Herba akan dikisar menjadi serbuk dicampur dengan air dipanaskan pada suhu tertentu dan akhir akan diperah untuk mengeluarkan bahan aktif dari herba. Hasil tadi dalam bentuk cecair dan akan melalui proses pengeringan untuk menjadi serbuk. Hampas akan diasingkan dan dibuang. Hasil serbuk tersebut hanya mengandngi bahan aktif atau nutrin saja digunakan untuk menjadi tablet.
Proses extract seperti ini sama seperti perut memproses makanan. Makanan yang kita makan akan dihancurkan di dalam perut. Usus akan menyerap nutrin untuk kegunaan tubuh badan dan najis yang terakhir adalah hampas yang tidak digunakan.
Kebaikkan tablet adalah untuk mengurangkan perut berkerja keras menghadam makanan. Dengan cara itu nutrin dari herba dapat diserap dengan baik kerana kerja penghadaman telah dilakukan oleh mesin secara external.
Inilah konsep MAB Tablet. Ia mempunyai khasiat yang sama dengan MAB Klasik. Rasa seperti makjun sudah tiada lagi kerana hampas herba sudah dibuang. Bahan aktif tetap sama. Apa yang menjadi keperluan badan adalah bahan aktif bukan rasa sedap.
Di bawah ini adalah ditunjukkan proses bagaimanana teknologi extract herba dilakukan oleh Institut Bio Produk, Universiti Teknologi Malaysia.
https://www.youtube.com/watch?v=-xi0yr5evgY