Search
Close this search box.

TRIP KE TURKI -PART 1

Penerbangan dari airport KLIA pada 20 Mac 2019, 9.00 pagi. Penerbangan dari KLIA ke Turki akan transit di airport Muscat, Oman.

Dalam kapal terbang dari KLIA ke lapangan terbang Muscat, Oman
Anggaran masa penerbangan dari KLIA ke Muscat 5 jam, tansit di Muscat 3 jam. Penerbangan dari Muscat ke Istanbul, Turki 7 jam.
Sudah sampai di lapangan terbang Muscat, Oman

Delayed 9 jam , transit di airport Muscat, Oman. Pihak airport menyediakan hotel untuk berehat dan menanggung kos hotel termasuk makan petang dan malam.

Lepas check in di hotel Muscat, rehat sekejap kemudian keluar jalan-jalan melihat pekan kecil Muscat sekitar hotel.

Suasana waktu terbenam matahari sekitar hotel pekan kecil Muscat

Setelah berehat dan tunggu maklumat dari airport Muscat kapal terbang sudah tiba untuk menyambung penerbangan semula ke airport Istanbul, Turki. Sampailah hajat menjejak bumi Turki untuk melihat sejarah keangunagan tamudun Islam Uthmaniah yang runtuh pada Mac 1924, khalifah Islam terakhir di Turki.

Sudah sampai di airport Istanbul, Turki
Check in di imigresyen airport Istanbul, Turki

Dari airpoirt Istanbul, terus check in di apartment Venezia Mega Residence dalam bandar Istanbul juga.

Berehat semalam, pagi besoknya dan mula bergerak jalan-jalan di sekitar bandar Istanbul. Bergerak mengguna transport train bawah bawah tanah

Sekitar Universiti Istanbul
Feri yang beroperasi sebagai transport di Selat Bosphoros.
Jalan-jalan menaiki feri merentasi Selat Bosphoros. Selat ini adalah laut yang memisahkan benua Asia dan Eropah.
Dalam feri selat Bosphorus. Merentasi selat ini mengambil 2 jam untuk ke daratan benua Eropah.

Mendaki kota lama Yoros Caslte. Dulunya kota Kristian di benua Eropah. Setelah pembukaan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad Al Fateh ia menjadi wilayah Turki Uthmaniah hingga kini.

Back ground adalah laut hitam (Black Sea). Dinamakan Black Sea kerana air lautnya biru kehitaman. Laut ini memisahkan antara 2 benua Asia dengan Eropah.

Besoknya menyambung lagi perjalanan di bandar Istanbul. Kami jalan-jalan ke sebuah spice bazar yang beroperasi sejak tahun 1664. Bazar ini adalah bazar rempah. Terdapat berbagai jenis rempah-rempah yang tak ada di negara kita.

Kedai ni mugkin kepunyaan dari keturunan Sadiq Segaraga kut!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *