Pandemik COVID-19 sekarang masih dalam peningkatan sehingga kerajaan terpaksa membuat semula Kawalan Pergerakan Penuh (PKP 3.0). Peningkatan kes hampir seribu sehari hingga angka tertinggi dicatat Malaysia pada 29 Mei 2021 iaitu sebanyak 9,020 kes terbaru. Angka TERTINGGI yang pernah Malaysia catat semenjak COVID-19 mula melanda Malaysia pada 25 Januari, 2020 dengan kes pertama yang dilaporkan BH online pada Februari 4, 2020. Sehingga kini, graf jangkitan meningkat dari 1 angka kepada 2 angka dan ada kemungkinan ke 5 angka jika tidak dibendung dengan baik. Ini akan memberi impak yang besar terhadap sistem sosial, ekonomi negara malah instisitusi kekeluargaan dan komuniti.
Semakin membimbangkan bilamana yang terkena jangkitan adalah mereka yang rapat dengan kita. Mereka adalah “kawan sekolah kita”; “jiran kita”; “rakan sekerja kita”; lagi memilukan adalah “ibu/bapa kita” ataupun “suami/isteri kita”dan “anak-anak kita”.
Virus COVID-19 semakin bijak bermutasi menyesuaikan dirinya di mana pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom seperti sebelumnya. Ini merupakan musuh biologi mikro yang licik kerana kita sentiasa beranggapan yang badan kita sihat selagi tidak bergejala jadi mana mungkin dijangkiti COVID-19.
Sebagai seorang yang sentiasa menjaga kesihatan diri sendiri dan orang-orang tersayang di sekeliling kita, pemakanan yang sihat itu penting, disamping menjaga kebersihan diri dan mengikut SOP yang telah disarankan pihak berkuasa. Pemakanan tambahan boleh dijadikan alternatif untuk meningkatkan imunisasi badan kita pada masa pandemik ini.
Pelbagai alternatif yang disarankan oleh pengeluar produk, pengamal kesihatan, artis, pakar motivasi dan juga pakar perubatan untuk menghadapi situasi COVID-19. Ada air siraman, campuran herba untuk diminum, wap dari rebusan bunga cengkih, habbatus sauda’, jus lemon dan madu, air kelapa dicampur limau dan garam, vitamin C dan macam-macam lagi.
Dalam keadaan terdesak, kita akan sentiasa mencuba untuk tingkatkann kesihatan diri sendiri dan melindungi orang yang tersayang. Dr Richard Cheng telah menyarankan Vitamin C walaupun ia tidak dapat menyembuhkan COVID-19 namun ianya dapat meningkatkan imunisasi badan kita untuk terhindar atau mengurangkan jangkitan COVID-19. Tidak kurang hebatnya Habatus sauda’ pemakanan sunnah yang ada dinyatakan dalam hadis Sahih Bukhari, Kitab al-Tibb, hadis 5688; dan Sahih Muslim, Kitab al-Salam, hadis 2215 yang bermaksud;
“Pada habbatus sauda itu ada penawar bagi segala penyakit kecuali mati”. Habatus sauda’ mampu membantu untuk tingkatkan imunisasi badan. Banyak produk habatus sauda’ berada di pasaran untuk pilihan pembeli. ZAI PERMAI RESOURCES juga ada menyediakan alternatif pemakanan sunnah ini di mana habatus sauda’ merupakan bahan utama dalam produk keluaran ZAI PERMAI RESOURCES iaitu Habbatus Sauda Plus Madu Classic (HSPM Classic), Habbatus Sauda Plus Madu Rich (HSPM Rich), Maajun Anggun Bistari Classic (MAB Classic), Maajun Anggun Bistari Tablet (MAB Tablet) dan DHC Care. Kemampuan habatus sauda’ dalam meningkatkan imunisasi badan ada kami kongsikan dalam video di bawah.
“Tidak dinafikan bahawa habbatus sauda’ mempunyai banyak manfaatnya dalam hal perubatan. Para ulama telah memberikan penjelasan yang menggambarkan bahawa banyak manfaat habbatus sauda’ kepada manusia. Bahkan, kajian-kajian saintifik masa kini juga telah banyak membuktikan kegunaan habbatussauda’ dalam perubatan. Meskipun begitu, masyarakat tidak boleh mengambil kefahaman bahawa habbatus sauda’ merupakan penawar ataupun ubat yang mampu merawat segala penyakit di dunia ini secara literal kerana kefahaman seperti itu tidak tepat. Seeloknya, terlebih dahulu kita merujuk kepada pakar-pakar perubatan yang berautoriti berkenaan hal ehwal penyakit dan rawatan”.
Apa yang penting, kita berusaha selagi mampu dalam menangani wabak COVID-19 yang sedang mengganas kini. Usaha, doa dan tawakkal terus kepada Allah kerana segala dalam aturan dan perancanganNYA dan kita dipilih untuk berada dalam situasi ini dan semoga doa dan amalan kita terus diterima ALLAH. Terus jaga kesihatan diri dan keluarga tingkatkan imunisasi badan anda, insya allah.